Clouds

Friday 21 December 2012

Cari Tempat Mengeluh..

The Kitty's Blues
Semua orang ada masalah, jadi aku tak dapat terima diri aku bila aku bermuram sebab masalah. Sebab selalunya aku bermuram sorang-sorang, sedangkan orang lain gembira. Sedangkan tiap-tiap orang ada masalah tapi xdalah sampai bermuram sepanjang masa. Ketidakmuraman mereka membuatkan aku mengeluarkan soalan "kenapa orang lain xada masalah macam aku?" tapi lepas muhasabah diri, selayaknya aku katakan "kenapa orang lain tak meraikan masalahnya macam aku? aku ni gler blues.." Betul aku ni blues gler.. Suka layan masalah.


Usia Senja


Susahkan jaga orang tua, tapi seribu kali susah jadi orang tua.

Dulu kulit melekat dengan tulang, siap merah-merah bekas jerawat. Orang pun sedap memandang, gebu-gebu, halus mulus. Dah tua nanti, kulit berayun-ayun macam tali buayan. Jalan pun terkedek-kedek. Baru buka selangkah, dah sakit kepala lutut.Dulu jalan tegak je, nampak batu bole sepak-sepak..Tua nanti, nak langkah batu pun ambik masa 5 saat.  Mana hilangnya keperkasaan, kejantanan apa segala dulu-dulu. Semuanya tuhan ambik slow-slow..
Orang tua ni badan dia memang tua, tapi hatinya tak pernah tua.
Kalau tubuhnya tak merosot, ajak tengok wayang pun takde masalah. Jalan sana jalan sini, beli baju, gosip-gosip. Tapi sebab diorang tualah diorang jadi macam ni. Banyak sel yang dah tak aktif, jisim tulang merosot. Fungsi otak melemah, ingatan pun lemah. kita tak nampak biologinya, merapu-rapu menuduh orang tua tak paham bahasalah, pekak lah apelah "mak ni kenapa?..kan orang dah cakap ni.. ni.. ni.ni....orang penat tawu tak, bla..bla..bla.."
Ingat ei, orang tua jangan di budak-budakkan. 

Bapak aku, rumah ni dia yang buat, Dia yang angkat kayu angkat simen. 2 bulan dulu, dia boleh meracun tepi-tepi rumah. Bila barang kat rumah habis dia keluar naik moto cari. Beras ke gula ke apape. Kalau hari hujan, aku tak naik basikal, bapak ikut sekali berhujan bawak pergi sekolah naik moto. Sekarang banyak benda dia dah tak boleh buat. Nak stat enjin moto pun terketar-ketar. 
 Cuba adik-adik kita, disuruh melawan plak dia. Tak pun anak-anak kecik kita, menjawab bila dimarah. Tak ke panas hati dibuatnya. Yang muda panas hati, yang tua yang lemah dah daya upayanya terasa hati. Kecik-kecik dimanjakan, tidur berimpit mak ayah. Rumah blackout kena petir nangis carik ketiak mak ayah. Dah besar macam tu dilayannya mak bapak. Dibodoh-bodohkan, kalau diorang sehat,diorang sendiri taknak diorang  susahkan anakanak Dia sendiri rasa bersalah bila anak-anak kena cucikan najisnya.

Tuhan datangkan rahmat daripada kebahagiaan ibu ayah tawu tak. Kalau buat tak betul dengan mak ayah, jangan haraplah nak hidup senang.

Kalau tak sebab dibesarkan orang tua, aku takkan dapat belajar sampai sini. image - casio
Aku belum rasa lagi usia emas, tapi aku percaya usia emas adalah umur paling sensitif. Waktu tu kita dah tak mampu nak pegang duit sangat, nak apa-apa bergantung kat orang. Takkan nak bergantung kat orang lain, mestilah kat anak-anak lah. Dah habis umur muda bekerja nak bagi anak-anak hidup, tua-tua ni tinggal menuai kasih lah. Nak sembang dengan geng pun susah dah, geng masing-masing dah tua. Ada yang hidup, ada yang nyawa ikan. Yang hidup pun jalan nak berpimpin. Nak makan susah, gigi tak cukup. Cemana nak makan chicken chop. Minum fresh oren lebih karang besok pagi tak bole berjalan pulak. Makan tu ini sume tak bole, nanti badan yang merana. Makan pun rasa tawar je, maklumlah sel lidah banyak dah tak tumbuh yang baru. Dah pulak kejap-kejap terasa nak buang air, dahla sakit lutut. Lambat sikit melelh dia sendiri. dikemut-kemut pun tak jalan dah. Naik kereta plak terhentak sikit, bergoyang-goyang sakit pulak pinggang katanya.

 Kita kalau demam sikit pun terasa nak ada orang jagakan, apatah lagi sakit di hujung-hujung usia yang takkan sehat-sehat ni.Maka jagalah kebajikan orang tua anda.

kekuatan

penat sungguh badan ni. Aku dah terlebih guna ke? Ya Allah, adakah aku telah melampaui batas? sesungguhnya aku lupa untuk memulakan langkahku dengan nama mu, dan kini aku ragu, adakah jalanku masih dalam jalanmu?
Kadang aku rasa macam sunyi sangat. Mana kawan2 yang aku cari..

lain antara orang yang sayang kita dengan orang yang terima kita seadanya.
orang terima kita seadanya sebab mereka xhirau dengan kita. tapi orang yang sayang kita akan selalu nak ubah kita untuk jadi better. Tapi hati2 bersama orang yang sayangkan kita, sebab boleh jadi orang yang sayang kita xhiraukan kita lagi.

saya xnak jadi sombong, saya tak suka orang sombong. Tapi saya manusia biasa, ada perkara yang awak buat saya tak boleh terima. Jadi terkadang saya cuma jadi batu dihadapan awak. Jadi elaklah saya, kalau awak langgar nanti, awak yang cedera.

kawan boleh menjadi batu, diam bisu, xboleh dilalu, kena elak, kalau langgar nanti calar.

Bukan mudah bagi nasihat. Diulangi, bukan mudah bagi nasihat. Bila seseorang menegur, itu membawa dua maksud:
  1.  dia menyampah atau 
  2. sangat sayang dengan kita.

Nasihat diusul dengan mengharapkan kesan. Maka setiap nasihat tu ada tempoh pemerhatian. seperti petani yang selalu menyiram pokoknya. Dia mengharapkan usahanya memucuk, menjadi. Bila pucuk tak keluar, kecewa la petani tu. Kena petani yang bersungguh-sungguh, dia takkan putus asa, tapi kalau kena dekat petani yang mudah putus harapan. Tinggal macamtu jelah benih tu.

 Nasihat adalah usaha teman kita untuk membetulkan kita. Jadi kalau nasihat tak jalan, kena tinggal dengan memberlah jawabnya.


Takut lupa..

taipan ini agar aku x lupa tentang Bridget Al Qassam

 aku tak pernah tahu sampailah malam 22 november tu ada solat hajat kat stadium usm, penceramah, ustaz Budianto cerita. Nama indonesian cakap Kedah tapi.

Bridget Al Qassam ni ialah sayap kanan pimpinan Hamas. Sekian lama jadi sasaran Israel. Bridget Al Qassam terdiri daripada pemuda-pemuda berani mati yang seratus peratus perjuangan hidupnya untuk agama Allah. Diasaskan oleh Ahmad Yassin, seorang lelaki yang cacat, buta sebelah matanya, duduk di kerusi dan percakapannya lemah, tetapi menakjubkan kerana mampu membentuk pasukan pemuda-pemuda yang 'tak tahu takut'.

Bridget Al Qassam terdiri daripada pemuda yang hebat-hebat. Syarat penyertaannya, mestilah pemuda lelaki yang tak pernah tinggal solat subuh berjemaah di masjid selama 6bulan berturut-turut. Tok Imam akan sahkan kalau betul pemuda tu dia namapk tiap-tiap hari datang solat kat masjid. Kemudian akan diberikan setahun latihan dan tarbiah, (pra). mereka wajib hafaz al-Quran, tahajud setiap malam dan hafaz 40 hadis Imam Nawawi. Masing-masing berusia sekitar 18 atau 20-an.

Hebat x.. hebat ow.. Kalau aku tak taip macam ni, dah tentu aku lupa dah, rugi la kalau tak tahu kekuatan sendiri. They are part of our strength ok.

Friday 14 December 2012

Lapar sebenarnya..

Cadangan hidangan.
Malasnya nak turun beli makanan, Shima ajak pun aku tak turun. Malas tahap PEMALAS. Tapi akibatnya aku pun kelaparan tahap Kebulur.
 Tula orang tamak selalu rugi, orang pemalas pun selalu rugi.
Sebagai alternatif aku pun buatlah oat +ovaltine-nak  bagi rasa coklat. Oat tu adalah sebahagian pelan penjimatan di hujung-hujung sem. Maklumlah hujung-hujung sem kan.. musim berjimat cermat.

kalau Shima suruh aku komen apakah rasanya. Secara positif aku akan jawab bahawa ini ialah hidangan sehat, tanpa minyak dan baik untuk sistem penghadam. Tapi kalau nak suruh aku komen macam master chef aku terpaksa bersifat jujur. Jujur demi memastikan hanya chef yang layak akan ke peringkat seterusnya.. "Kalau kamu pernah pergi ke Afrika, ikut orang beratur sambil menatang mangkuk ayan sebab nak isi bubur percuma. Saya rasa macam nilah rasa bubur tu."

kalau aku buat tiga mangkuk oat macam ni pun aku akan masih rasa lapar, sebab tak puas makan. Sambil makan aku rasa cam nak nangis pun ada, dahsyat la makan macam ni. Tak selera langsung, rasa plain je, lembik-lembik, takda benda nak kunyah. Suap-suap terus masuk tekak. Tapi aku takdelah cakap macam tu depan-depan oat tu. Nabi tak bagi buat macam tu.

Dalam masa yang sama aku teringat, hari yang lepas aku keluarkan sepuluh ringgit setengah makan spagetti kat Pizza... dala tak kenyang, sedap lagi pecel restu.

 motif..? kadang kita merungut beli nasi sampai kena enam ringgit, makan fast food sampai belas-belas ringgit kita tak bising pulak. dan susah sekali kita nak keluarkan amaun yang sama untuk beri pada orang lain. Bole kata macam kita ni tahu nak lepaskan tekak sendiri je.

 Tak yah tunjuklah gambar budak-budak afrika yang kurus kering tu, yang melata tepi-tepi jalan dalam negara kita pun cukup.

 Ni salah satu kisah kat India, copy link daripada post member kat Fb .salah satu cara untuk membantu.
Tapi cakap pun tak guna kan... Aku sendiri macammana? Semoga lepas ni aku lebih dermawan.

Aku pernah pikir, patut ke kita bagi duit kat orang yang meminta-minta, tu hanya menggalakkan dia meminta-minta. Tapi ada aku terjumpa hadis nabi, sayang aku tak dapat cari dan sertakan kat sini. Tapi katanya kat situ, walaupun orang tu tak meminta tapi berilah sedekah pada dia, jadi apatah pula kalau dia meminta.

Pernah aku dalam perjalanan nak balik U, lalu jejantas nampak pakcik gelandangan baca al Quran dekat situ, jalan depan lagi nampak pulak pakcik gelandangan baca surat kabar, jalan depan lagi nampak aunty meminta-minta  duit dari orang lalu lalang.
Masa tu sume aku pandang negatif. even pakcik baca al quran tu, pada aku 'perlu ke baca tepi2 jalan?'. but then im thinking again, biarla dia. better la dripada diri sendiri yang susah nak baca alquran. (motif aku cakap leret2 ni?) huhu cme nak mention kat diri sendiri,pasni kena belajar menghulur.

"Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan. Di mana saja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan semuanya. Sungguh, Allah maha kuasa atas segala sesuatu," (Al-Baqarah:148)

Monday 10 December 2012

Hiking Bukit Bendera~

Wajah-wajah di awal 9 pagi.
Ingat dah sampai dah
Jangan excited sangat .. ada lagi tinggi dari ni.


Sepanjang perjalanan kitorang bertembung dengan veteren-veteren yang mendaki turun. Siap ada yang lari-lari. Hebatlah pakcik-pakcik ni.. Muscle dengan kedut sama banyak. Aku pun nak jadi veteren yang berjaya macam diorang. Anjing yang paling depan tu namanya Pepper tau. :)
Er..

8 Disember, aku ikut KRU hiking Bukit Bendera. Bertolak lepas Zuhur, janji bas pukul lapan. Tp sebab ada event kat Padang Kawat, bas kena block. Bole bayangkan x tunggu bas dari pukul lapan sampai pkul 2 petang? Ntah dari mana ketabahan menunggu bas tu datang aku tak tahu. Mungkin sebab berkatnya PM turun USM hari tu.

30 darjah.... uwh ingat 45 darjah.
Senior-senior KRU bagi tengah bagi semangat kat Shahira. Dari bawah lagi dia nak berhenti. Tapi  tak da ruang untuk dia berpatah pulang..
Ada lagi... ada lagi.. pelan-pelan..
Lepas lalu denai-denai korang akan jumpa jalan beturap. Masa kat 2.5 km memang tengah semangat suka suki sebab rasa macam dah nak sampai. Tapi rupa-rupanya ada lagi tinggi atas sana. Lebih kurang 2.5 km lagi... Tertipu sungguh. Terus tak bermotivasi lepas tu..
Akhirnya... Saat yang kita nanti-nantikan. -Menghabisi pendakian..
Senang kata ni kali pertama aku hiking. Nak senang katala.. Awal perjalanan, kawan aku sorang ni makan la roti sambil berjalan dengan bunyi plastiknya krup krap krup krap. Tiba-tiba seekor haiwan primitif menerjah di kakinya, merenung tepat pada roti vanilla tu. Kitorang pun berpelukan bersama-sama sebab monyet tu tekad gila nak roti tu. Bob tolong halau, tapi bob kena tengking balik dengan monyet tu. Kitorang cepat-cepat jalan meninggalkan Bob dan monyet tu. Jangan risau, tak da sapa yang tercedera.

Alhamdulillah ekspidisi ni memenuhi keperluan aku yang bercita-cita nak daki Gunung Kinabalu. Tu yang malu nak cerita tu. Aku mula mempersoalkan balik misi aku untuk mendaki Gunung Kinabalu sebelum 24 tahun. Sebabnya, 'gunung' Bendera ni pun aku rasa cam dah pancit. Kinabalu apacer plakkan? Haha.. Memang terasa mualnya hiking lagi-lagi masa lalu jalan berturap tu. 30 darjah tapi rasa macam senget 45 darjah.
kalau patah balik tadikan dah rugi 12 ringgit.
Boleh namapk jambatan Pulau Pinang.


Ada hikmah juga bas kena blok. Kalau kitorang hiking dari pagi, nanti sampai tengahari lepas tu untuk turun kena hiking turun pulak. Tapi sebab bas lambat, kitorang sampai puncak dalam pukul 6 setengah, takkan malam-malam nak hiking turun kan. Jadi merasalah balik dengan kereta kabel.

Yuhu~ aku rasa macam dah menemui cinta baru. Lepas ni aku nak ikut KRU hiking lagi.. Lepas hiking baru ni aku rasa macam sehat sangat. Takda sakit-sakit badan, ringan badan dan yang penting rasa Happy.

Saturday 29 September 2012

Melihat Pelangi Atas Kepala Orang Lain.

kerusi dan karpet. .Semua hampir sama usia dengan mak ayah aku. Nostalgia sangat. Sayang tak sempat sampai pada aku untuk aku jaga. Harta dunia cmtulah kena tukar selalu.
Akan ada satu masa kita membandingkan diri kita dengan orang lain yang pada mata kita mereka hidup lebih bertuah dari kita.

Zaman muda belia aku dulu aku lebih banyak berdiam. Getus getas hati hanya untuk simpanan sendiri. Waktu tu aku rasa macam akulah orang yang malang, sangat penyabar dan sangat kuat sebab menghadapi semua tu sendiri.

Selama ni aku dilemahkan oleh sifat yang macam ni.
Tiap awan yang membawa hujan menyembunyikan pelangi, membawa matahari untuk kembali menerangi.
 Aku lambat bergerak, terkapai-kapai, dan kebanyakan waktu membatukan diri. Itu tak pernah menyelesaikan masalah. Rupanya dengan menceritakan masalah beban yang kita rasakan hilang. HILANG.
Tapi beban yang hilang juga rupanya membuatkan aku kosong, dan terbang untuk mencari isi.

Oh tuhan mungkin juga berdiam itu lebih baik untuk aku, sebab aku tetap aku.

Mengenali orang lain mengingatkan aku bahawa bukan aku orang yang paling malang dalam dunia. Orang yang menceritakan masalahnya tak bermakana dia takda masalah. Orang yang menceritakan masalahnya pun belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Mungkin mereka mendapat kelapangan perasaan, tapi tidak semangat untuk menyelesaikan masalah.
Aku tetap aku, ya Tuhan berikan aku kekuatan untuk aku selesaikan segala ujian mu dengan fitrah diri yang telah kau tetapkan ke atas ku. Aku tetap aku, dengan agama ku dan cita-cita ku.

Thursday 6 September 2012

Kelebihan Demam.

Pernah sekali kat matrik aku demam, sekali jew~ Masa tu status aku =culture shock. Tapi aku demam bukan sebab tu, demam sebab nak tumbuh gigi geraham. Er, mulalah teringat rumah, tak nak makan ubat, sebab rindukan waktu dulu-dulu.

Masa mak ada, kalau demam mintak makan apape pun dapat. Nak makan mi segera pun dapat,haha. Kejap-kejap mak datang cek kaki, rasa dahi, tengkuk. Kejap-kejap lagi datang tanya, nak air tak? nak makan nasi tak, ke nak bubur? nak milo tak? malam-malam siap didukung ke bilik air. Er. tapi masa tu kecik lagi. Bestnyer ada orang sayang.

Tapi sekarang tak dapatlah nak manja-manja. Takkan nak mintak suap dengan roomate kut. Haha. Dah setahun 4 bulan mak pergi, mak pergi 5 hari sebelum aku msuk matrik dan beberapa hari lepas tu sambutan Hari Ibu. Tak ke melalut lalut aku dibuatnya. Tapi aku mengerti dah kenapa Al Quran sendiri banyak highlight kebajikan anak yatim. Jangan makan harta anak yatim, buat baik dengan anak yatim, anak yatim tu anak yatim ni. Sebab, susah nak terang, sebab kalau terang pun tak bole nak feel.

Alhamdulillah aku ada juga kenangan dengan mak. Memang kadang melantun lantun hati bila tengok kawan-kawan lain telefon mak dworang, mengadu pape. Kadang ada yang ajak kawan-kawan makan,"ni mak aku bagi.." Takpelah aku ada akak, Dia pun dah macam mak aku, dan aku masih ada bapak. Keluarga adalah nikmat paling besar aku rasa, sebab dalam keluarga ada nilai kasih sayang, ada alasan untuk kita masih hidup, alasan kenapa kita diselamatkan, alasan macam mana kita dibentuk jadi orang. Kalaupun kita buta, cacat, nyawa-nyawa ikan,selagi kita ada sokongan,kita masih ada harapan. Sapa lagi sokongan yang paling hebat kalau tak keluarga. Kita ta payah bayar diorang untuk sayang kita, kita bersatu dengan diorang bukan sebab harta,tapi sebab kasih sayang yang menjalar dari darah daging, sel-sel dan kod-kod genetik.

Jadi bersyukurlah selagi kita ada keluarga, lindungi ikatan yang tak terkata berharganya. Kehilangan yang tertulis untuk menjadikan diri kita setingkat lebih daripada yang sedia ada. Ada rasa sayang, rasa syukur, rasa rindu. Rasa hiba rasa syahdu biarlah jadi penguat diri. Alhamdulillah aku masih ada orang yang sayang.

Tuesday 4 September 2012

Menyalin Tazkirah- Status Baginda Mengetuk Hati


22 feb 2012 29 R.Akhir 1433 mhgrib dan isyak’ bjemaah

R.Awal kelahiran baginda. Kini tiba R.Akhir.

Kisah Baginda menanggung  Kesulitan dan kesedihan hingga Jibril menawarkan diri untuk membalas perbuatan dari kaum baginda. Tapi Rasulullah tolak, sekalipun telah berdecak langkah baginda , berlumuran darah kakinya berjalan. Umatnya sangat dicintai, sangat dikasihi, baginda  membela umatnya di hadapan jibril, “jangan, mereka tak tahu” baginda menepis kesakitannya  kerana kasihan pada umatnya yang jahil. Baginda sangat kasih pada umatnya, tiap hari dia berdoa meminta kepada tuhan memelihara umatnya. Sebelum tidur baginda menangis mengenangkan umatnya. Sehingga datang keuzuran pada baginda, sakitnya kuat sampai baginda Rasulullah mencelupkan tangannya ke dalam bejana, tetapi ketika itu Rasulullah masih mampu berkata, “ya Allah, letakkanlah kesakitan semua umatku kepadaku” rasulullah, nabi Allah yang terakhir, sangat kasih pada umatnya, iaitu kita, umat manusia yang terakhir. –kita bertuah memiliki nabi terakhir, nabi Allah yang menutup segala nabi, tetapi bertuahkah Muhammad memiliki kita, manusia penutup segala manusia?

Cinta kepada Rasulullah bukan semata-mata mengenali baginda tapi juga ahli keluarganya, Rasulullah telah berkata, mencintai ahli keluarganya maka adalah sama dengan mencintainya. Kita boleh ambil banyak contoh. Misalny Fatimah Az-Zahra.Puteri Rasulullah bersama isteri tercintanya Siti Khadijah. Rasulullah akan mencium Fatimah setiap malam sebelum masuk tidur. Sebelum kelahiran Az-Zahra, Malaikat menyuruh rasulullah menjauhi isterinya slama 40. Malaikat menyruh keduanya memperbanyakkan ibadah dan berkata Malaikat, kau akan menerima hadiah dari Allah berupa cahaya dari cahaya.

Siti khadijah, seorang bangsawan,dan ahli perniagaan yang hartawan. Sudah pasti beliau mempunyai pengaruh dan ramai teman-teman. Tetapi keputusannya mengahwini baginda mengejutkan kawan-kawan perempuannya. Beliau ditinggalkan rakan-rakan kerana telah berkahwin dengan seorang lelaki miskin yang dipulaukan masyarakat. Muhammad. Sehinggakan saat beliau ingin melahirkan Fatimah, seorang teman pun tiada yang datang membantu , apalah daya baginda seorang lelaki yang yatim piatu, baginda pastilah tidak tahu apa-apa tentang kelahiran. Tetapi Allah menurunkan wanita-wanita dari Syurga iaitu para bidadari membantu Siti Khadijah melahirkan Fatimah Az-Zahra. Saat itu memancar cahaya di syurga Allah.
Allah telah mentarbiyah Fatimah dengan kesusahan sejak kecilnya. Anak kecil ini hidup dalam kemiskinan, membesar tanpa ibu, dan fatimah selalu  melihat baginda pulang comot dan cedera .Anak ini selalu menangis bukan kerana tidak redha pada Allah, tetapi kesusahan hidupnya sangat berat untuk digambarkan. Terkadang Rasulullah pulang dengan luka dan dilumuri najis, Fatimahlah anak kecil yang akan menangis dan mendakap baginda, kemudian membersihkan ayahnya.menyapu segala luka dan darah, memikul tugas ibunya. Beliau sangat matang.

 Fatimah adalah bidadari berupa manusia, parasnya indah hingga sangat ramai lelaki telah menemui baginda menyatakan hasrat mereka, tetapi telah Allah tetapkan jodohnya di syurga, hanya seorang lelaki yang sangat hebat akan memilikinya. Sekalipun Omar dan osman, Rasulullah tidak menerima pinangan sahabatnya itu, Semua lelaki telah meminang Fatimah kecuali seorang, si pengangkat kurma yang miskin. Beliau adalah Ali yang sangat pemalu, beliau sedar akan keadaannya yang tidak berharta dan takut untuk menyusahkan tanggungannya andai dia berkeluarga. Tetapi para sahabat menemui Ali, “Ali engkau sahaja yang belum meminang Fatimah. Kami yakin Engkaulah jodoh Fatimah. Pergilah ke rumah baginda.” Dengan sokongan rakan-rakannya, Ali mengetuk pintu rumah baginda. Ketika itu Ummu Salamah ketakutan kerana curiga kalau itu adalah orang-orang yang ingin membunuh nabi. –bayangkan hidup nabi, hinnga ada ancaman untuk membunuhnya. Kalau kita, bolehkah kita duduk diam?. Rasulullah dengan tenang menyuruh Ummu Salamah membenarkan orang itu, “ Bukalah pintu Ummu Salamah, orang itu datang membawa keberkatan” ummu Salamah berasa hairan tetapi menurut kata Nabi. Dan ternyata, Ali lah jodoh Fatimah. Fatimah adalah satu-satunya anak yang meneruskan generasi keturunan nabi hingga hari ini. Fatimah hanya hidup selama 18tahun dan Fatimah juga penerus sifat pengasih nabi. Hasan dan Husin menceritakan setiap malam Fatimah berdoa meminta perlindungan buat Umat Muhammad dan beliau menangis tiap malam mengenangkan umat Muhammad, sama seperti rasulullah, Nabi terakhir buat umat terakhir. Umat terakhir iaitu kita.








Monday 3 September 2012

Salah Satu Jalan Kebahagiaan


Love + kids


Dalam ramai-ramai pakcik makcik aku, ada sorang yang aku tak boleh lupa, iaitu arwah bibik kurus. Bibik kurus meninggal dalam usia aku 4 atau 5 tahun. Sangat-sangat tak boleh lupa. Sebabnya mudah je, tiap kali aku datang rumah dia, dia mesti suruh aku makan nasi. Bibik kurus akan tuangkan kicap manis dan teman aku makan--aku sorang, makan sorang-sorang. Kadang dia bagi aku main basikal cucu-cucunya.  Pakcik-pakcik lain, aku tak berkenan, sebabnya pun mudah, diorang suka marah aku main.
Perkara yang mudah macam yang bibik kurus aku buat tu telah berjaya membuatkan aku tak lupa dia sampai aku besar. Orang pertama menerima Al Fatihah aku mak aku, dan orang seterusnya adalah bibik kurus. Jadi bayangkanlah bertapa lekatnya dia dalam hati aku. Cuma sebab nasi bubuh kicap manis yang tak seberapa tu, tapi cerita sebenarnya adalah tentang menggembirakan hati kanak-kanak.

Sejak kebelakangan ni je aku baru mula tunjukkan rasa prihatin aku kat anak-anak buah aku. Sebab baru tersedar alangkah baiknya kalau aku dapat gembirakan hati budak-budak. Nabi sendiri suka budak-budak,. Kesedaran aku menjelma lepas dengar kisah nabi sukakan budak-budaklah. Baginda suruh kita gembirakan hati kanak-kanak.

Ingatan aku sangat kuat pada dia, selalu ingatkan dia. Pada akak aku pun macam tu, sebab masa kecik-kecik dulu akak akulah yang mengambil inisiatif membelikan aku mainan, membelikan aku kek harijadi, berikan hadiah –dah besar takde plak.

Jadi sebenarnya bukan susah nak menyemai kasih sayang pada kanak-kanak. Simple dimple je~
Beri hadiah, layan berbual, bawa jalan-jalan, belikan mainan, belikan makanan
Keutamaannya adalah untuk membahagiakan diorang dan menunjukkan yang kita sayang pada mereka. Tapi jangan terlebih, semua kemahuan diturutkan, salah dibiarkan. Kecik-kecik naik kepala, dah besar jadi bala. Haha.Sedikit parenting skill.

Friday 31 August 2012

Masalah membawa aku lebih jauh menyimpang


Masjid Al-Malik Khalid USM


     Bila ada masalah, hati ni jadi rusuh. Banyak kali dah tangan ni di angkat ke langit. Bersaksikan sejadah yang basah oleh tangis. Penuh penyerahan, penuh kepasrahan, alunan sendu sengaja direlakan agar lepas semua beban.

Tapi kenapa? Tak sampaikah doa ini kepada tuhan? Kenapa tuhan tak berikan jawapan? Masalahku kian bercambah.

Hari demi hari, ibarat kelopak tanggal dek layu, sedikit demi sedikit doa merenggang dari hati. Pada bibir apatah lagi. Halus berkabus di dalam hati, ikrar kepasrahan. Yang batil makin terzahir. Rupanya bisik keegoan 'Biarlah, tiada beza aku berdoa atau tidak.. keadaan tetap begini. Biarlah masa meniupkan angin, menentukan riak di muka air.'

Tapi petunjuk menyelinap datang, dari jauh dibawa gelombang siaran. Memalu gegendang dan menusuk di hati. Pesan itu berbunyi "Doa mampu mengubah takdir. Berdoalah dengan yakin."

Hati pun tunduk mengaku bersalah, "Ya aku tak pernah berdoa dengan yakin. kerana aku takut memasang harap. Takut hanyut dibawa harapan yang ranap." tapi pesan itu membalas, "Ya, takutlah kau pada kehilangan harapan. Tapi selagi engkau yakin pada doa yang engkau panjatkan, harapanmu takkan pernah putus.Samalah seperti ombak yang tidak pernah putus di lautan."

Tuhan mendengar walaupun hembusan nafasmu, bisikmu, getusmu. Tapi suarakanlah doa untuk menyatakan yang engkau benar mahu.

Thursday 30 August 2012

Acik Sayang Kucing Acik...

Selagi dy nak minum air, maksudnya dy nak hidup lagi.
Ada satu masa aku terkejut bila balik cuti matrik sebab aku nampak kepala kucing aku luka sampai nampak tengkoraknya. Dahinya macam kena sagat sampai senget mata kucing sebb luka tu sampai isi keningnya. Waktu tu luka tu dah kering, bapak aku yang bubuhkan minyak gamat. aku boleh sntuh garis tengah tengkoraknya.Hilang dah wajah ayu ko Kembang (namanya kembang sebab dia sentiasa mekar di hatiku. Hakikatnya bulu dia tak kembang pun) Sebak...

Kali ni balik cuti sem, Ya Allah.. Aku tak boleh percaya apa aku nampak. Lukanya berulang, tapi lagi teruk. Luka dia berulat. Boleh tak bayangkan bertapa histerianya aku, tanpa segan silu aku meraung depan anak-anak buah dan abang ipar aku. Luka dia kat tempat sama, matanya dia tak boleh buka sebab isi kening dia skali basah dikeruk ulat. Geli memang geli, luka berulat mesti berbau.Tapi rasa kasih aku kat dia tak pernah kurang. Kembang Lucky Star aku. Kisah dia datang ke rumah pada aku istimewa. Ya Allah, kalau kau ofer untuk aku tukar tempat dengan dia, aku takkan sanggup. deritanya.. waktu tu Kembang ada 3ekor anak umur 3 minggu. Tapi dengan keadaan dia macam tu takkan mungkin dia menyusukan anak-anak dia.

Muka Kembang kehitaman sebab bekas darah, badannya kurus. TAPI DIA KUAT SEMANGAT. Berkeyakinan tinggi. Walaupun wajah dia menggelikan tapi dia tak bersembunyi. Dia masih macam dulu, suka tidur bergulung dalam beg, manja-manja bila diusap. Dia tak pernah mengiau bising, cool j. pernah aku cuba buang sekor ulat, tapi bila zoom, rupanya banyak lagi berenang-renang dalam isi kepalanya. kulit kepalanya yang dah dikeruk ulat mereput. Keadaan lukanya tu tak boleh diagak kenapa. satu pndapat yang aku terima sebab kena sembur bisa ular hitam. Tak mustahil,rumah aku rumah kampung,keliling kebun.

Bapak aku mungkin tak perasan lukanya seteruk itu~ orang tua, rabun-rabun. Bila dia tahu, beriya-iya dia suruh aku ambil ridsect. Nak bunuh ulat katanya. jangan harap aku nak bagi ridsect, aku sorokkan lagi ada. pastu katanya nak bubuh ubat kerengga, nak sumbatkan tembakau pada lukanya. Uhu.. no way!

Kalau nak tahu kat farmasi ada jual maggot spray untuk luka berulat. semburan tu warna ungu. kawan aku kata pedih, dalam belas-belas ringgit aje rasanya. Aku beli tu masa ada anjing datang rumah aku, kepala otaknya bernanah berulat sebab kena pukul. Ulatnya tak yah cakap lah besarnya, macam twisties. Busuknya menyumbat-nyumbat hidung. Kata orang tua haiwan yang baik tak mahu mati di rumah,dia pergi jauh sikit. Um,anjing tu memang baik. Semulajadinya pandai mengambil hati. Untung la spray tu ready ada kat rumah.

Kembang bila bubuh mintyak Gamat, dia relak je. Tapi bila spray kan ubat tu, mulalah dia mengais-ngais kepalanya. kesian tengok. Dia bukan mengais-ngais kepalanya,tapi mengais-ngais tengkorak dan isi kepalanya sendiri. X0..

Friday 24 August 2012

Kau Ingat Kau dah cukup Bagus?

Menelusuri hari-hari dikelilingi masyarakat kampung (aku pun orang kampung ok), sedikit sebanyak mendidik aku tentang adab berilmu.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Mana-mana kawasan kejiranan aku boleh dengar orang establish orang tu sombong, orang ni sombong. Baik kampung baik pekan. Terutamanya bila ada beza pada pangkat pendidikannya. Antara ungkapan-ungkapan yang pernah kedengaran dek telinga sepasang aku ni.

Di pekan,
@ Datuk tu kan, kecik je rumahnya. Selalu datuk-datuk pakai rumah semi-D
#  Sje je kut nak pakai rumah kecik. Tapi bininya ramah, pandai berborak. Takdelah sombong.
@ Yelah biasa dworang bercakap nak memilih kawan, pilih pangkat.

Di kampung pun lebih kurang ceritanya. Lagi-lagi bila hari raya, hal anak-anak sedara tak mahu menjenguk orang tua, pak cik mak cik atau kawan-kawan ibu ayah. Ataupun anak-anak muda tak mahu menegur orang tua bila berselisih, buat bodoh bila terserempak kat pasar atau kedai kopi. Kata orang tua ringan-ringankanlah mulut, buat manis mulut je. Ajak-ajak ayam pun takpe. (betul ke takpe? yang ni aku tak pasti. Bapak aku blom ajar lagi.)

Kat Sekolah pun ada citer camni, contohnya bila cikgu bezakan antara budak Sains dengan Budak Sastera. Budak Sains ni hidup mati memang dapat tittle sombong. Mengapakah ini terjadi? Dimanakah silapnya? Salah ke guru yang mendidik? Silap ke ibu ayahnya? Faktor genetik? Mentaliti? Atau sebab kebodohan sendiri? (Ei keras bunyik.)

Apapelah, tapi yang pasti kita boleh membetulkan diri. Sendiri boleh pikir lah elok ke sombong-sombong ni? Antara punca sombong ni ialah bila kita fikir its ok to keep our own bussiness, dalam masa yang sama kita buat bodoh je dengan orang lain. Buat hal masing-masing, connected dengan certain orang je.

Lebih-lebih lagi dalam dunia maju sekarang, walaupun kita boleh berdikari. Jangan lupa Ukhuwah tu penting, nilai-nilai perpaduan yang tak terdidik dalam dunia teknologi sekarang. Kalau susah sangat nak rasakan kepentingan 'hubungan'. Bayangkan je lah kalau satu hari kita susah, anak sakit mental nak kena buat operation kat New Zealand, nak kena pakai duit banyak-banyak. kau ingat ko mintak tolong kat FB je dapat la. Orang Like memang beribu-ribu, tapi sokongan bantuan harapan yang ko perlukan tu hanya tergantung kat situ je lah. Sebab ko dah la tak pernah menjenguk orang, menegur pun tidak. Duit simpan beli barang-barang buat memenuhkan rumah, tak delah hulur-hulur buat meriah event keluarga. Waktu senang,senang sorang-sorang. Bila susah baru nak cari orang lain.

Tak semestinya kena jadi ramah tamah borak berjela-jela. Kita memang tak rasa diri kita ni sombong.
Cukuplah sekadar tersenyum, orang tengok pun berlapang dada. Sapa-sapa pun anti betul kalau dah senyum tak dibalas. Kadang mungkin kita tak perasan orang tu senyum pada kita. Sebab tu penting untuk kita senyum atau tegur orang tanpa berkira siapa mula dulu. Jangan selalu amalkan budaya buat-buat tak nampak. Aku terasa betul member buat camtu. Pada aku mesej yang dia sampaikan, 'Jangan dekat dalam hidup aku.' Satu penghalauan. Dengan hantu boleh la kau buat-buat tak nampak

 Jangan sombong ok. Bukan kita je yang ada perasaan.
         

Jangan Sombong OK

Aku bagi tips la sikit supaya kita kikis sikit sifat mazmumah sombong ni.

  1. Jangan suka buat-buat tak nampak kawan. Siapkan diri untuk senyum padanya. Kalau kita risau sebab tak tahu nak borak tak pe, sebab dia pun rasa benda yang sama. Kecuali kalau dia jenis pandai sembang, layan je lah.
  2. Yang muda kena hormat orang tua, jangan tunggu yang tua menyapa. Kita yang muda patut tegur dulu. Paling mudah "Sihat wak?"
  3. Jangan sebab orang tu tak pernah menjenguk kita, kita egokan diri tak nak jenguk dia."Alah anak-anaknya pun tak pernah nak datang ke mari." -contoh ayat orang tua.
  4. Tolonglah jangan usung headfon gedabak berjalan ke sana ke mari, huh individualistik. Mesejnya disitu, 'aku tak nak berbual dengan sapa-sapa'. 
  5. Lagi satu, main handset tak habis-habis. Tawu muda belia, hotstuff. Tapi control-controllah.
  6. Kalau duit lebih sikit tu, masuk kampung duduk kedai kopi. Belanjalah kawan-kawan atau orang tua-tua kat situ sekali dua. Buat pahala sikit, orang pun sayang.
  7. Waktu sihat ,hari raya, dekat-dekatkanlah diri kat sedara mara. Certain kes, mungkin yang dah takder mak ayah tu, bawaklah orang tua atau kawan-kawan berjalan raya. Kalau segan, datang sekejap pun jadilah. Buat nama," raya aritu ada anak si anu si anu datang beraya."
  8. Sang suri rumah, tanamlah pape kat rumah. Boleh orang datang tegur atau bertukar-tukar tanaman. Modal beramah mesra.
  9. Sibuk macam mana pun , hadirkanlah diri dalam majlis masyarakat. -"orang rumah besar tu, tak pernah jumpa dia kat surau ye. Doktor kan tu?"
  10. Privasi, privasi jugak. Tapi jangan menutup peluang orang nak datang rumah kita. Tetamu kan bawa rezeki. Kalau ada orang kat rumah, buka-bukalah pintu rumah. Jangan suka buat tembok rumah tinggi-tinggi. Pengalaman aku sendirilah, rumah besar-besar ni buat aku yang kerdil ni takut nak datang. Kalau aku berduit, bolehlah aku pun buat rumah besar-besar, dinding kaca. Tapi kalau dah tak berduit, tak ke rasa rendah diri dibuatnya. Tak elok merendah-rendahkan orang lain.
  11. Selalu rasa diri ni budak-budak, kawan-kawan mak datang ,kita pun masuk bilik. Tolong-tolonglah layan kejap. "makcik dari mana? masak ape tadi?"Sejuk hati orang tua, silap-silap bole buat calon.
Terutama sekali kalau kita ni dah belajar tinggi,bergaji besar. Harapan orang,pandangan orang tak sama , hanya orang yang sekufu dengan kita je boleh mengerti itu ini tingkah laku kita. (macam aku plak yang berpangkat besar bagai tu,- , xda aku belajar dari orang sekeliling je~ belajar dari orang tua.) banyak betul aku sebut pasal orang tua, yelah kita kan calon orang tua. Kelak menjadi orang tua juga.

Tuesday 14 August 2012

Yang Berpesan-pesan

Mak pesan
"orang ke dapur dia ke depan. ni kalau duduk menumpang rumah orang dicampaknya kain baju ke luar." -ni bole dikira berpesan la juga.

Bapak pesan
"belajarlah rajin-rajin, bapak tak da harta nak bagi. pelajaran tu yang nanti menolong."

Akak pesan
"cari kawan yang elok-elok,akak pun pernah sekolah dulu. Jangan sibuk nak berpakwe-pakwe." -nasihat masa masuk tingkatan 4
"cari suami yang betul-betul. jangan yang bergaya sangat, tengok jugak kejenya.dia nak menanggung awak makan. Jangan cari yang kaya sangat, cari yang padan-padan je. kalau tak nanti kita balik yang susah." -nasihat masa masuk U. 

B.F.F pesan
"jangan lupa aku." -me too!

Jiran pesan
"Nanti jaga diri elok-elok, kita kat tempat orang."-dengan mata berkaca-kaca. Acik Ani peluk aku lagak macam aku nak pergi luar negara..
Ustaz pesan
"Rapatkan sof.." -rapat-rapat biar berkat dalam solat. Jalin-jalin rasa ukhuwah. Boleh calit sikit perfume kalau yang tak konfiden tu..~kita kan saudara, apa salahnya kongsi-kongsi bau perfume.

Kalam Allah pesan
"bacalah.." - alangkan si buta disuruh membaca, inikan kita yang celik ni. Tuhan anugerahkan lagi keupayaan meng-Google-google ni, Faceboking-faceboking. blogging-blogging. Awal-awal zaman lagi rahsia untuk berjaya kalam dah dedahkan, tapi sebab malas membacalah grade Bahasa Melayu aku 'C'. Tu tahap individunya, Universalnya, masing-masing tahu sendiri kedudukan bangsa agama kita.

Adat pesan
"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." -sekali kita buat jahat, sampai mati jadi bahan. tak caya bole try. Nescaya dengan satu kesilapan, hilanglah jasa-jasa budi baik yang bertahun-tahun kita buat.
 Apabila dihadam-hadam, fahamlah jugak sikit-sikit nape mak suka gemar amat minat untuk membebel. Mak nak aku pandai masak, pandai buat kerja rumah supaya kita orang perempuan ni bole jaga anak-anak. (anak-anak? er..futuristiknya...). Bapak plak cakap macam tu sebab satu hari nanti abah-abah kita akan tinggalkan kita. Dah takda orang nak bayarkan zakat aku nanti.

Banyak yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Manusia lemah, lalai, leka. Dah terhantuk baru tengadah. Pesanan-pesanan ringan macam ni memang takder dalam senarai 'untuk dianalisa kembali'. Sebab tulah kita kena berhati-hati dalam tingkah laku, hati-hati bercakap, hati-hati buat keputusan. Berpakaian pun kena hati-hati. Bergaul hati-hati, berbudi hati-hati. Berkasih hati-hati, berbelanja hati-hati. Takut nanti tersilap langkah, terlanjur cakap, tersilap catur, tersalah paham, tersalah pilih, terboros belanja. 

Ketika seorang sahabat bertanya Umar, bagaimana itu taqwa, Umar mengatakan ia seperti berjalan di atas jalan berduri
KUASA TAQWA, kalau kita berhati-hati, takkan mudah-mudah je kita buat salah kan.

Monday 13 August 2012

Belajar Bahasa Asing

Konflik, curiga, ragu-ragu, nak ambil ke tak nak.. nak ambil ke tak nak.. tak tawu nak tanya siapa.. "ada sape2 amek bahasa Thai?" huh siapa nak tanya?.

 Waktu minggu orientasi berbunga-bunga hati bila lecturer cerita pasal unit bahasa asing. Ada bahasa Jepun, Mandarin, Arab, Perancis, Tamil pun ada. Mulalah masing-masing berangan nak ambil bahasa asing dan aku pun berhajat nak ambil bahasa Thai. Da lama berkenan dengan bahasa Siam tu sejak tengok drama Siam masa sekolah2 dulu. sedap, beralun-alun bahasanya.

Tapi aku takut sangat nak ambil? sebab aku takut subjek tu merosakkan pointer aku, kut2 susah giler ke.. mana tawu jadual padat tak ada masa nak belajar. kalau tanya kawan-kawan pun dworang tanya balik, "kenapa Thai?, kenapa tak Jepun ke, korea ke, bahasa Mandarin ke??" 

Kawan-kawan ramai ambil Ko-k untuk cukupkan unit. tapi ditakdirkan aku tak sempat daftar Ko-K, jd dengan gagahnya aku pun daftarkan diri dalam Kelas Thai. Kenapa?

  1. sebab pertama aku nak cukupkan unit.
  2. sebab kedua, aku memang sangat amat kemaruk nak cakap Thai laju-laju. haha..
  3. Sebab ketiga, um.. orang kata belum cuba belum tahu kan.  
+ Dah belajar susah-susah musti nak guna kan, habis bahasa Thai tu ble masa nak guna? 

~ Bole je.. Thailand dgan Malaysia sempadan je pun.. ble2 bole pegi.habis kalau aku ambik bahasa Jepun, Korea, xkan aku nak ke sana jawo2 cuma sbab nak test power.

+ xdalah, bole luaskn peluang pekerjaan kalau pandai bahasa2 asing yang   komersial ni.. prospek masa hadapan.

~ atoi blom tntulah aku jadi fluent speaker. kompem la blaja nanti bole teror. Sekadar mencuba, kalau ambil bahasa komersial lain tu pun belum tentu aku boleh bawak. lagi satu, ingat Thailand tu buruk sangat ke, beras, buah, sayur mane datangnya kalau tak dari sana. Kita kan dekat dengan Thailand, maka hubungan diplomatik itu penting. Negara Asean, negara serumpun. 


Setelah berfikir enam kali, matilah segala pemikiran negatif aku. orang kata belum cuba belum tahu. Anak muda kena berani, berani kerana benar takut kerana salah. kerana tak salahlah kita mencuba. Yah, berkat semangat dan ketekunan, setelah melihat kepada result periksa- Alhamdulillah. Alhamdulillah....Acan bagi A solid~ dan terimakasih acan Wallapa Buranawijarn ~lovely teacher. huhu lalala.. tamatlah LAS100 thai language level1 dengan cerianya. bip..(1-10) neng song sam si ha hok cet phet khau sip.. ~ tu pun kena goggle, memori rapuh.

Hakikatnya, tak semua jalan siap berturap, ada yang bersemak tak pernah dijeru. Jadi siapa yang nak buat jalan baru siapkanlah diri untuk menebas. (ada je orang lain belajar bahasa Thai.. macam lah pioneer sangat)  

Tekadkan hati, Do or die, buat dengan sungguh2, jangan nak main-main. dah usaha baru tawakal. dengan bertawakal hati menjadi tenang. khopkun kha, sawatdhi kha..
Habis kuliah bergegas pergi pusat bahasa. Kelas samada habis lewat petang atau langgar waktu rehat tengahari. Blu...

ni hong rian phasa Thai ..(ini kelas bahasa Thai)