Clouds

Friday 31 August 2012

Masalah membawa aku lebih jauh menyimpang


Masjid Al-Malik Khalid USM


     Bila ada masalah, hati ni jadi rusuh. Banyak kali dah tangan ni di angkat ke langit. Bersaksikan sejadah yang basah oleh tangis. Penuh penyerahan, penuh kepasrahan, alunan sendu sengaja direlakan agar lepas semua beban.

Tapi kenapa? Tak sampaikah doa ini kepada tuhan? Kenapa tuhan tak berikan jawapan? Masalahku kian bercambah.

Hari demi hari, ibarat kelopak tanggal dek layu, sedikit demi sedikit doa merenggang dari hati. Pada bibir apatah lagi. Halus berkabus di dalam hati, ikrar kepasrahan. Yang batil makin terzahir. Rupanya bisik keegoan 'Biarlah, tiada beza aku berdoa atau tidak.. keadaan tetap begini. Biarlah masa meniupkan angin, menentukan riak di muka air.'

Tapi petunjuk menyelinap datang, dari jauh dibawa gelombang siaran. Memalu gegendang dan menusuk di hati. Pesan itu berbunyi "Doa mampu mengubah takdir. Berdoalah dengan yakin."

Hati pun tunduk mengaku bersalah, "Ya aku tak pernah berdoa dengan yakin. kerana aku takut memasang harap. Takut hanyut dibawa harapan yang ranap." tapi pesan itu membalas, "Ya, takutlah kau pada kehilangan harapan. Tapi selagi engkau yakin pada doa yang engkau panjatkan, harapanmu takkan pernah putus.Samalah seperti ombak yang tidak pernah putus di lautan."

Tuhan mendengar walaupun hembusan nafasmu, bisikmu, getusmu. Tapi suarakanlah doa untuk menyatakan yang engkau benar mahu.

Thursday 30 August 2012

Acik Sayang Kucing Acik...

Selagi dy nak minum air, maksudnya dy nak hidup lagi.
Ada satu masa aku terkejut bila balik cuti matrik sebab aku nampak kepala kucing aku luka sampai nampak tengkoraknya. Dahinya macam kena sagat sampai senget mata kucing sebb luka tu sampai isi keningnya. Waktu tu luka tu dah kering, bapak aku yang bubuhkan minyak gamat. aku boleh sntuh garis tengah tengkoraknya.Hilang dah wajah ayu ko Kembang (namanya kembang sebab dia sentiasa mekar di hatiku. Hakikatnya bulu dia tak kembang pun) Sebak...

Kali ni balik cuti sem, Ya Allah.. Aku tak boleh percaya apa aku nampak. Lukanya berulang, tapi lagi teruk. Luka dia berulat. Boleh tak bayangkan bertapa histerianya aku, tanpa segan silu aku meraung depan anak-anak buah dan abang ipar aku. Luka dia kat tempat sama, matanya dia tak boleh buka sebab isi kening dia skali basah dikeruk ulat. Geli memang geli, luka berulat mesti berbau.Tapi rasa kasih aku kat dia tak pernah kurang. Kembang Lucky Star aku. Kisah dia datang ke rumah pada aku istimewa. Ya Allah, kalau kau ofer untuk aku tukar tempat dengan dia, aku takkan sanggup. deritanya.. waktu tu Kembang ada 3ekor anak umur 3 minggu. Tapi dengan keadaan dia macam tu takkan mungkin dia menyusukan anak-anak dia.

Muka Kembang kehitaman sebab bekas darah, badannya kurus. TAPI DIA KUAT SEMANGAT. Berkeyakinan tinggi. Walaupun wajah dia menggelikan tapi dia tak bersembunyi. Dia masih macam dulu, suka tidur bergulung dalam beg, manja-manja bila diusap. Dia tak pernah mengiau bising, cool j. pernah aku cuba buang sekor ulat, tapi bila zoom, rupanya banyak lagi berenang-renang dalam isi kepalanya. kulit kepalanya yang dah dikeruk ulat mereput. Keadaan lukanya tu tak boleh diagak kenapa. satu pndapat yang aku terima sebab kena sembur bisa ular hitam. Tak mustahil,rumah aku rumah kampung,keliling kebun.

Bapak aku mungkin tak perasan lukanya seteruk itu~ orang tua, rabun-rabun. Bila dia tahu, beriya-iya dia suruh aku ambil ridsect. Nak bunuh ulat katanya. jangan harap aku nak bagi ridsect, aku sorokkan lagi ada. pastu katanya nak bubuh ubat kerengga, nak sumbatkan tembakau pada lukanya. Uhu.. no way!

Kalau nak tahu kat farmasi ada jual maggot spray untuk luka berulat. semburan tu warna ungu. kawan aku kata pedih, dalam belas-belas ringgit aje rasanya. Aku beli tu masa ada anjing datang rumah aku, kepala otaknya bernanah berulat sebab kena pukul. Ulatnya tak yah cakap lah besarnya, macam twisties. Busuknya menyumbat-nyumbat hidung. Kata orang tua haiwan yang baik tak mahu mati di rumah,dia pergi jauh sikit. Um,anjing tu memang baik. Semulajadinya pandai mengambil hati. Untung la spray tu ready ada kat rumah.

Kembang bila bubuh mintyak Gamat, dia relak je. Tapi bila spray kan ubat tu, mulalah dia mengais-ngais kepalanya. kesian tengok. Dia bukan mengais-ngais kepalanya,tapi mengais-ngais tengkorak dan isi kepalanya sendiri. X0..

Friday 24 August 2012

Kau Ingat Kau dah cukup Bagus?

Menelusuri hari-hari dikelilingi masyarakat kampung (aku pun orang kampung ok), sedikit sebanyak mendidik aku tentang adab berilmu.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
Mana-mana kawasan kejiranan aku boleh dengar orang establish orang tu sombong, orang ni sombong. Baik kampung baik pekan. Terutamanya bila ada beza pada pangkat pendidikannya. Antara ungkapan-ungkapan yang pernah kedengaran dek telinga sepasang aku ni.

Di pekan,
@ Datuk tu kan, kecik je rumahnya. Selalu datuk-datuk pakai rumah semi-D
#  Sje je kut nak pakai rumah kecik. Tapi bininya ramah, pandai berborak. Takdelah sombong.
@ Yelah biasa dworang bercakap nak memilih kawan, pilih pangkat.

Di kampung pun lebih kurang ceritanya. Lagi-lagi bila hari raya, hal anak-anak sedara tak mahu menjenguk orang tua, pak cik mak cik atau kawan-kawan ibu ayah. Ataupun anak-anak muda tak mahu menegur orang tua bila berselisih, buat bodoh bila terserempak kat pasar atau kedai kopi. Kata orang tua ringan-ringankanlah mulut, buat manis mulut je. Ajak-ajak ayam pun takpe. (betul ke takpe? yang ni aku tak pasti. Bapak aku blom ajar lagi.)

Kat Sekolah pun ada citer camni, contohnya bila cikgu bezakan antara budak Sains dengan Budak Sastera. Budak Sains ni hidup mati memang dapat tittle sombong. Mengapakah ini terjadi? Dimanakah silapnya? Salah ke guru yang mendidik? Silap ke ibu ayahnya? Faktor genetik? Mentaliti? Atau sebab kebodohan sendiri? (Ei keras bunyik.)

Apapelah, tapi yang pasti kita boleh membetulkan diri. Sendiri boleh pikir lah elok ke sombong-sombong ni? Antara punca sombong ni ialah bila kita fikir its ok to keep our own bussiness, dalam masa yang sama kita buat bodoh je dengan orang lain. Buat hal masing-masing, connected dengan certain orang je.

Lebih-lebih lagi dalam dunia maju sekarang, walaupun kita boleh berdikari. Jangan lupa Ukhuwah tu penting, nilai-nilai perpaduan yang tak terdidik dalam dunia teknologi sekarang. Kalau susah sangat nak rasakan kepentingan 'hubungan'. Bayangkan je lah kalau satu hari kita susah, anak sakit mental nak kena buat operation kat New Zealand, nak kena pakai duit banyak-banyak. kau ingat ko mintak tolong kat FB je dapat la. Orang Like memang beribu-ribu, tapi sokongan bantuan harapan yang ko perlukan tu hanya tergantung kat situ je lah. Sebab ko dah la tak pernah menjenguk orang, menegur pun tidak. Duit simpan beli barang-barang buat memenuhkan rumah, tak delah hulur-hulur buat meriah event keluarga. Waktu senang,senang sorang-sorang. Bila susah baru nak cari orang lain.

Tak semestinya kena jadi ramah tamah borak berjela-jela. Kita memang tak rasa diri kita ni sombong.
Cukuplah sekadar tersenyum, orang tengok pun berlapang dada. Sapa-sapa pun anti betul kalau dah senyum tak dibalas. Kadang mungkin kita tak perasan orang tu senyum pada kita. Sebab tu penting untuk kita senyum atau tegur orang tanpa berkira siapa mula dulu. Jangan selalu amalkan budaya buat-buat tak nampak. Aku terasa betul member buat camtu. Pada aku mesej yang dia sampaikan, 'Jangan dekat dalam hidup aku.' Satu penghalauan. Dengan hantu boleh la kau buat-buat tak nampak

 Jangan sombong ok. Bukan kita je yang ada perasaan.
         

Jangan Sombong OK

Aku bagi tips la sikit supaya kita kikis sikit sifat mazmumah sombong ni.

  1. Jangan suka buat-buat tak nampak kawan. Siapkan diri untuk senyum padanya. Kalau kita risau sebab tak tahu nak borak tak pe, sebab dia pun rasa benda yang sama. Kecuali kalau dia jenis pandai sembang, layan je lah.
  2. Yang muda kena hormat orang tua, jangan tunggu yang tua menyapa. Kita yang muda patut tegur dulu. Paling mudah "Sihat wak?"
  3. Jangan sebab orang tu tak pernah menjenguk kita, kita egokan diri tak nak jenguk dia."Alah anak-anaknya pun tak pernah nak datang ke mari." -contoh ayat orang tua.
  4. Tolonglah jangan usung headfon gedabak berjalan ke sana ke mari, huh individualistik. Mesejnya disitu, 'aku tak nak berbual dengan sapa-sapa'. 
  5. Lagi satu, main handset tak habis-habis. Tawu muda belia, hotstuff. Tapi control-controllah.
  6. Kalau duit lebih sikit tu, masuk kampung duduk kedai kopi. Belanjalah kawan-kawan atau orang tua-tua kat situ sekali dua. Buat pahala sikit, orang pun sayang.
  7. Waktu sihat ,hari raya, dekat-dekatkanlah diri kat sedara mara. Certain kes, mungkin yang dah takder mak ayah tu, bawaklah orang tua atau kawan-kawan berjalan raya. Kalau segan, datang sekejap pun jadilah. Buat nama," raya aritu ada anak si anu si anu datang beraya."
  8. Sang suri rumah, tanamlah pape kat rumah. Boleh orang datang tegur atau bertukar-tukar tanaman. Modal beramah mesra.
  9. Sibuk macam mana pun , hadirkanlah diri dalam majlis masyarakat. -"orang rumah besar tu, tak pernah jumpa dia kat surau ye. Doktor kan tu?"
  10. Privasi, privasi jugak. Tapi jangan menutup peluang orang nak datang rumah kita. Tetamu kan bawa rezeki. Kalau ada orang kat rumah, buka-bukalah pintu rumah. Jangan suka buat tembok rumah tinggi-tinggi. Pengalaman aku sendirilah, rumah besar-besar ni buat aku yang kerdil ni takut nak datang. Kalau aku berduit, bolehlah aku pun buat rumah besar-besar, dinding kaca. Tapi kalau dah tak berduit, tak ke rasa rendah diri dibuatnya. Tak elok merendah-rendahkan orang lain.
  11. Selalu rasa diri ni budak-budak, kawan-kawan mak datang ,kita pun masuk bilik. Tolong-tolonglah layan kejap. "makcik dari mana? masak ape tadi?"Sejuk hati orang tua, silap-silap bole buat calon.
Terutama sekali kalau kita ni dah belajar tinggi,bergaji besar. Harapan orang,pandangan orang tak sama , hanya orang yang sekufu dengan kita je boleh mengerti itu ini tingkah laku kita. (macam aku plak yang berpangkat besar bagai tu,- , xda aku belajar dari orang sekeliling je~ belajar dari orang tua.) banyak betul aku sebut pasal orang tua, yelah kita kan calon orang tua. Kelak menjadi orang tua juga.

Tuesday 14 August 2012

Yang Berpesan-pesan

Mak pesan
"orang ke dapur dia ke depan. ni kalau duduk menumpang rumah orang dicampaknya kain baju ke luar." -ni bole dikira berpesan la juga.

Bapak pesan
"belajarlah rajin-rajin, bapak tak da harta nak bagi. pelajaran tu yang nanti menolong."

Akak pesan
"cari kawan yang elok-elok,akak pun pernah sekolah dulu. Jangan sibuk nak berpakwe-pakwe." -nasihat masa masuk tingkatan 4
"cari suami yang betul-betul. jangan yang bergaya sangat, tengok jugak kejenya.dia nak menanggung awak makan. Jangan cari yang kaya sangat, cari yang padan-padan je. kalau tak nanti kita balik yang susah." -nasihat masa masuk U. 

B.F.F pesan
"jangan lupa aku." -me too!

Jiran pesan
"Nanti jaga diri elok-elok, kita kat tempat orang."-dengan mata berkaca-kaca. Acik Ani peluk aku lagak macam aku nak pergi luar negara..
Ustaz pesan
"Rapatkan sof.." -rapat-rapat biar berkat dalam solat. Jalin-jalin rasa ukhuwah. Boleh calit sikit perfume kalau yang tak konfiden tu..~kita kan saudara, apa salahnya kongsi-kongsi bau perfume.

Kalam Allah pesan
"bacalah.." - alangkan si buta disuruh membaca, inikan kita yang celik ni. Tuhan anugerahkan lagi keupayaan meng-Google-google ni, Faceboking-faceboking. blogging-blogging. Awal-awal zaman lagi rahsia untuk berjaya kalam dah dedahkan, tapi sebab malas membacalah grade Bahasa Melayu aku 'C'. Tu tahap individunya, Universalnya, masing-masing tahu sendiri kedudukan bangsa agama kita.

Adat pesan
"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." -sekali kita buat jahat, sampai mati jadi bahan. tak caya bole try. Nescaya dengan satu kesilapan, hilanglah jasa-jasa budi baik yang bertahun-tahun kita buat.
 Apabila dihadam-hadam, fahamlah jugak sikit-sikit nape mak suka gemar amat minat untuk membebel. Mak nak aku pandai masak, pandai buat kerja rumah supaya kita orang perempuan ni bole jaga anak-anak. (anak-anak? er..futuristiknya...). Bapak plak cakap macam tu sebab satu hari nanti abah-abah kita akan tinggalkan kita. Dah takda orang nak bayarkan zakat aku nanti.

Banyak yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Manusia lemah, lalai, leka. Dah terhantuk baru tengadah. Pesanan-pesanan ringan macam ni memang takder dalam senarai 'untuk dianalisa kembali'. Sebab tulah kita kena berhati-hati dalam tingkah laku, hati-hati bercakap, hati-hati buat keputusan. Berpakaian pun kena hati-hati. Bergaul hati-hati, berbudi hati-hati. Berkasih hati-hati, berbelanja hati-hati. Takut nanti tersilap langkah, terlanjur cakap, tersilap catur, tersalah paham, tersalah pilih, terboros belanja. 

Ketika seorang sahabat bertanya Umar, bagaimana itu taqwa, Umar mengatakan ia seperti berjalan di atas jalan berduri
KUASA TAQWA, kalau kita berhati-hati, takkan mudah-mudah je kita buat salah kan.

Monday 13 August 2012

Belajar Bahasa Asing

Konflik, curiga, ragu-ragu, nak ambil ke tak nak.. nak ambil ke tak nak.. tak tawu nak tanya siapa.. "ada sape2 amek bahasa Thai?" huh siapa nak tanya?.

 Waktu minggu orientasi berbunga-bunga hati bila lecturer cerita pasal unit bahasa asing. Ada bahasa Jepun, Mandarin, Arab, Perancis, Tamil pun ada. Mulalah masing-masing berangan nak ambil bahasa asing dan aku pun berhajat nak ambil bahasa Thai. Da lama berkenan dengan bahasa Siam tu sejak tengok drama Siam masa sekolah2 dulu. sedap, beralun-alun bahasanya.

Tapi aku takut sangat nak ambil? sebab aku takut subjek tu merosakkan pointer aku, kut2 susah giler ke.. mana tawu jadual padat tak ada masa nak belajar. kalau tanya kawan-kawan pun dworang tanya balik, "kenapa Thai?, kenapa tak Jepun ke, korea ke, bahasa Mandarin ke??" 

Kawan-kawan ramai ambil Ko-k untuk cukupkan unit. tapi ditakdirkan aku tak sempat daftar Ko-K, jd dengan gagahnya aku pun daftarkan diri dalam Kelas Thai. Kenapa?

  1. sebab pertama aku nak cukupkan unit.
  2. sebab kedua, aku memang sangat amat kemaruk nak cakap Thai laju-laju. haha..
  3. Sebab ketiga, um.. orang kata belum cuba belum tahu kan.  
+ Dah belajar susah-susah musti nak guna kan, habis bahasa Thai tu ble masa nak guna? 

~ Bole je.. Thailand dgan Malaysia sempadan je pun.. ble2 bole pegi.habis kalau aku ambik bahasa Jepun, Korea, xkan aku nak ke sana jawo2 cuma sbab nak test power.

+ xdalah, bole luaskn peluang pekerjaan kalau pandai bahasa2 asing yang   komersial ni.. prospek masa hadapan.

~ atoi blom tntulah aku jadi fluent speaker. kompem la blaja nanti bole teror. Sekadar mencuba, kalau ambil bahasa komersial lain tu pun belum tentu aku boleh bawak. lagi satu, ingat Thailand tu buruk sangat ke, beras, buah, sayur mane datangnya kalau tak dari sana. Kita kan dekat dengan Thailand, maka hubungan diplomatik itu penting. Negara Asean, negara serumpun. 


Setelah berfikir enam kali, matilah segala pemikiran negatif aku. orang kata belum cuba belum tahu. Anak muda kena berani, berani kerana benar takut kerana salah. kerana tak salahlah kita mencuba. Yah, berkat semangat dan ketekunan, setelah melihat kepada result periksa- Alhamdulillah. Alhamdulillah....Acan bagi A solid~ dan terimakasih acan Wallapa Buranawijarn ~lovely teacher. huhu lalala.. tamatlah LAS100 thai language level1 dengan cerianya. bip..(1-10) neng song sam si ha hok cet phet khau sip.. ~ tu pun kena goggle, memori rapuh.

Hakikatnya, tak semua jalan siap berturap, ada yang bersemak tak pernah dijeru. Jadi siapa yang nak buat jalan baru siapkanlah diri untuk menebas. (ada je orang lain belajar bahasa Thai.. macam lah pioneer sangat)  

Tekadkan hati, Do or die, buat dengan sungguh2, jangan nak main-main. dah usaha baru tawakal. dengan bertawakal hati menjadi tenang. khopkun kha, sawatdhi kha..
Habis kuliah bergegas pergi pusat bahasa. Kelas samada habis lewat petang atau langgar waktu rehat tengahari. Blu...

ni hong rian phasa Thai ..(ini kelas bahasa Thai)