Clouds

Tuesday 31 December 2013

Mimpi ..

Tadi aku tidur tengahari dan bermimpi.. Sebahagian besar aku lupa tentang apa, Selalunya mimpi tengahari aku sngat real, sampai buat aku menangis..




Dari tingkap ni, aku nampak lori dan dulang2 besi berisi daging. lelaki dalam besen tu pun aku nampak dari sendiri.

.. Part last mimpi aku, aku dalam bilik aku kat Restu ni. Aku dengar bunyi orang menjerit-jerit, jadi aku jenguk tingkap kat luar.. Dari atas aku nampak lori , dan dulang-dulang besi yang besar dipunggah turun dari lori. Ada dulang yang berisi hirisan-hirisan daging. Sedang waktu tu mata aku masih mencari suara jeritan, aku terhenti pada sebuah besen besar tak jauh dari lori tu. Dalam besen tu ada orang yang tengah duduk menegakkan lutut. Orang tu lah yang menjerit, tak berbaju, sekejap kemudian dia alihkan punggung dia sambil menjerit, sambil tu ada lelaki tengah berdiri usik dia. lelaki tu usik sambil menyebabkan belakang badan lelaki dalam besen ni bergaris, bergaris dari punggung ke atas pinggang. Dan sekejap tu jugak, besen tu comot dek darah.
AstagfirullahalAzim.. baru aku perasan, lelaki berdiri tu pegang sth like gergaji, dia tusuk punggung lelaki dalam besen ni dari punggung ke pinggang. Kejap dia buat belah kiri, lepas tu kanan. Aku tak sanggup nak tengok. Lelaki yang ditusuk tu lelaki kulit hitam, pendatang je. Cuma pendatang, cuma singgah ke negara ni, apa dosa dia? Jadi daging2 dalam dulang tu semua daging2 mangsa yang dah selesai dihiris. Ya Allah.. Jeritan lelaki tu masih kedengaran, aku terbangun dari tidur dan masih terbayang dalam fikiran aku macammana lelaki tu alihkan punggung dia yang dah terbelah, sambil darah membasahkan besen tu. Tapi dia x mampu kemana-mana, hanya menjerit menunggu kesakitan dihilangkan oleh kematian.

Mimpi aku merepek, tapi .. entahlah perasaan tu aku xdapat luahkan. mengingatkan aku pada dosa-dosa tak tutup aurat, tak pakai tudung. Pakai tudung terselak , pakai baju singkat, pakai seluar ketat.

Sungguh tu ngeri, perkara yang membayangi aku.. Itu baru hukuman manusia. kalau tuhan, bukan ke dasyat lagi. Api, panas, bisul nanah, darah, besi panas, pisau tajam, ular bisa, kulit tercabut, otak menggelegak...AstagfirullahalAzim... Tuhan pelihara kami, ampunkan kami, bawa kami ke jalan mu. Jalan yang kau terima..





Saturday 30 November 2013

The Introvert battle #3 - The Power of Colour

I try to chose who i want to be, while the reality shaped me in some finite figure. So what to do? how to change?

I let my self to go through some changing trial, this time i put my believes on the power of color. While the color we like can describe ourselves, why not we try to like the color so we can lend it powers?

Im kind of 'let go' person, doesn't mind much about what happen around, and hardly to share an idea. That has retard my potential such as in job application. Block the incoming opportunity because of lack recognition and lessen your autonomy because people hardly to hear your voice.

Orange Bag- I start to think how can i break my dullness and become someone supportive without being a fake and awkward. Then I remember one of my friend who is very cheerful and passionate with everything. She love orange color very much and it suite with her character. So I start with my orange lappy bag.  Orange shirt, next orange scarf and its enough. I almost wear an orange watch, but Opps. I think thats to much. I tell you what, slowly people sense my appearance. The difference is because i start to talk, i have some confidence to go with people, and join them. Well orange is the color of spirit, you'll be called to compete and gather with people.

Well now im accidentally an orange person, i cant help my self with that.. But please, we are still who we are. Don't change who we are, just be a better version of ourself.

Saturday 9 November 2013

Mencari Ketenangan dalam Diri.





Sesat dalam pencarian, tak tahu mana nak bermula. Bila cita-cita terlalu banyak dan tinggi, sedang tak siapa yang mengerti dan rasa sunyi memasang ambisi. Silap ku tuhan membebankan diri, bukan salah Mu, ini atas pilihanku, ini jalan yang tertulis untuk menuju kemahuanku. Tapi beban di bahu ini, terasa berat sekali. Tidak seberat seruan nabi, mengalihkan bongkah jahil ummahnya. Tapi ini hanya lolongan-lolongan gila yang merasuk hati. Aku gila ya Allah, dengan kehendak dunia ini. Hati ini perlu dididik lagi, kehendaknya semakin bukan-bukan, tuntutannya membebankan. Mana mungkin jasad kerdil ini memiliki segalanya, mana mungkin jasad sekerdil ini memenuhi semuanya, mana mungkin jasad selemah ini mendirikan segalanya. Tak mungkin jasad sealpa ini membetulkan segalanya.


Untuk sem ni aku aim nak dapat dekan, nak kumpul dekan 2 sem. supaya aku tak perlu bayar PTPTN. Sem satu aku nak repair result calculus aku, so buat bermati-matian. sem dua aku nak study subjek2 geo dengan ekstrem dan susun jadual 3rd year aku sebaik-baiknya. Tapi aku terperangkap dengan pilihan aku sendiri, terima ajakan kawan untuk pergi Krabi, thailand. Walhal aku memang takder duit. So cara yang aku ada sekarang adalah kerja, tambah lagi aku tengah amek lesen motor and kereta. Untuk lesen pun sebnanya aku takde duit nak bayar, tapi aku tutup mata dan guna duit PTPTN dulu.

Aku buat parttime jd promoter kat pasaraya, hari2 kerja, offday hari selasa. Bunyinya menarik sebab hari-hari aku buat duit, tapi hakikatnya aku pressure. Sebab plan2 aku untuk study banyak tak terlaksana, study aku ke laut.Tension build up tiap-tiap kali nak pergi kerja. Rasa nak citer kat akak aku, tapi malas sebab ni pilihan aku sendiri. kadang member pun tambah tensyen aku lagi. Ajak gi sana gi sini buat tu buat ni, tapi aku tak sampai hati nak tolak, tu tanda aku appreciate yang dyorang stil ingat aku lagi. Cuma kadang aku harapkan masa lapang yang aku ada aku boleh gunakan sebaiknya untuk cover masa study aku.


Nak tu nak ni..

Aku hilangkan jam tangan Bonia akak aku kat surau, dan aku rasa bersalah. Sebab aku tahu dia kerja susah payah, even dya ada jam lain, tapi jam tu bukan murah. Plus aku tak tahu camna nak cakap yang jam tu dah hilang. So aku decide nak beli jam yang almost d same. Bonia jugak. Tapi 3ratus. sekarang aku sendiri takder jam tangan, nak beli yang murah pun, aku tak jumpa yang menarik yang boleh buat aku rasa aku berbaloi kalau aku beli. Rasa pressure. takda jam nak tengok kat tangan, pressure hari2 pikir nak beli jam bonia.


Maintenance untuk badan

Aku rasa, perut aku ni bermasalah serius, aku jaga kot makan aku. Aku tak makan semberono makanan berat2, tapi dy macam tu jugak. Aku banyak makan serat, banyak minum air, banyak makan buah. Tapi Sistem penghadaman aku macam ni jugak, aku rasa aku perlu amek sesuatu , at least takdelah tiap pagi aku rasa bangun dan benci perut sendiri. Tapi aku takder duit, jadi aku hanya perlu bersabar dengan tubuh badan sendiri. Pressure...

Cari pasal sendiri, 

Kalau aku citer sume ni kat orang lain, mungkin dworang akan fikir -nape lah susah-susah nak susahkan diri, nak kerjalah, nak study hardlah. lepak dah lah, tension2 memendekkan umo sendiri buat ape. Tapi aku takder tempat nak meminta-minta, sekarang aku rasa aku hanya ada diri sendiri dan tuhan yang mendengar. Ya Allah kau MAha Mendengar.. I got no Parent to asking for some candy, but i was promising them with my victory, to replace all the shame people gave to our family, for our home. Aku tak nak balik kampung tangan kosong. But i fell alone and lonely. its all about me. Aku mencari kemanisan dalam pengorbanan. I just need to prove that i can, and to reach the point where in the end i will fell happy. Aku akan makesure, next time aku akan tulis citer lain untuk balas dark post aku ni. Tentang result calculus dan duit2 aku.. I jz have to do this. Hm peace to me.

Monday 14 October 2013

Menangisi Hidup

Terkadang kita menangisi hidup ini, hayat ini. Tanpa mengerti apa lagi yang kita mahukan. Terlalu banyak tuntutan dari rasa keinginan, sedang kudrat dan rezeki bukan milik diri. Harta dan masa bukan semua dalam tangan ku sendiri, meratapi semua tu hanya melewatkan aku yang dalam perjalanan. Melemahkan hati, melumpuhkan semangat. Membina mimpi dan menghalalkan segala cara demi hidup yang dihajati. Allah peliharalah anggota tubuh ini dari berpaling dari kiblatmu.

Sunday 22 September 2013

Kawan Menyakitkan Hati

 Pergh panas hati, too harsh, too rough, and quite stupid. Im the human ok. you scratch me like an animal. Time susah je pandai carik, kawan la konon kan. So skrang camner status kiter bdua ni? putus kawan? 

Cara menangani kawan yang menyakitkan hati.

1. Avoid. Cari pelangi kita sendiri, bergaullah dengan member yang kita sayang, yang menyenangkan hati.
   Baginda bersabda, "seseorang itu akan bersama dengan orang yang dia cintai" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2.Cuba lihat secara 360 degree, cuba menenteramkan diri dengan melihat kembali kemuliaan dia selama ni. Budi baik dia, khidmat bakti  dia, walaupun waktu kemarahan dah membutakan mata. 

3. Sabar.. (Pergh sabar sekali dua xpelah, tapi ni?!) Minum air dulu, bawak bersabar. memang rasa nak bagi dia rasa sikit, biar dia tahu sape yang dia mainkan ni sebenarnya. Remindkan diri je lah, manusia ni azalinya lemah, kawan kita tu pun musti ada kelemahan pada karakternya. Mungkin ada sth yang tak kena kita buat sampai dia tunjuk belang camtu. Sabar.. sabar... sayangi kawan-kawan kerana Allah. Demi ukhuwah, memang kena banyak bersama. Takleh kita hidup sorang-sorang,  Baginda bersabda "pertolongan Allah  bersama jemaah." (riwayat al-Tirmizi). ~Ukhuwwah fillah

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Tak tipu.. takyah la baik sangat sampai nak junjung kasut member. Tapi jangan pernah buat jahat ngan member. Sekali kita buat, sampai mati dia ingat. Kalau hilang dah kepercayaan, kawan cuma istilah tipu-tipuan. Muka manis, hati menyumpah saje. Ape maknanya kawan?. Maksudnya dalam usaha tu, kita kenalah bekorban sikit dalam persahabatan. Rilek, tu memang adat berkawan. Baginda bersabda : "Tidaklah (sempurna) iman seseorang diantara kalian hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri". (riwayat Bukhari dan Muslim)







Sunday 8 September 2013

Pengalaman Berniaga...


6/3/2013.. Aku join gerai jualan hari KESUREF. Aku pn tak tahu apa benda lah kesuref tu maksudnya, tapi hari tu staf2 school physics akan buka gerai depan school.

Share gerai dengan budak kelas.


Berniaga ni seronok sebab merasa dapat duit cash hasil titik peluh kita sendiri. Bisnes aku hari tu chezzy wedges. Aku belajar ,

Perkara paling susah ialah bila nak mulakan. Resah sangat sebab nak kena yakinkan kawan-kawan untuk cuba berniaga. Sebabnya aku sendiri bukan jenis berani, takde pengalaman berniaga. Dah tentu orang ragu-ragu nak jadi bisnes partner. Aku cuba ajak member elok2, sakitlah sikit sebab aku bukan jenis ringan mulut dan nak meyakinkan orang bukan dengan sekali cakap je.


Keberanian sebagai beginner datang bila aku tahu benda apa yang berbaloi untuk diniagakan. First time berniaga dan melibatkan modal orang lain, so tak berani rugi! Berniaga makanan goreng biasanya memang laku, sedap, fresh. Tapi sebagai beginner tak layaklah nak jadi mastermind, jadi aku share idea ngan partner. Diorang tambah suh jual air ngan keropok lekor. ~set.

Modal share, buka bajet sebagai student. Alhamdulillah beruntung kalau partner kita ada pengalaman berniaga atau berkongsi semangat berniaga yang membara macam kita. Tapi kalau tak, kita sebagai trigger kena act lebih sikitlah. Sebab mungkin diorang masih ada rasa ragu-ragu terhadap rancangan perniagaan tu. bila macamtu, sikap teragak-agak dan tak yakin tulah yang melumpuhkan perniagaan. Triggerlah kena panaskan semangat ahli-ahli dengan memastikan semua ahli maklum dengan progress persediaan perniagaan.

Perkara paling penting ialah bermusyawarah sesama ahli dan keep update satu sama lain. Belanjawan dan apa yang tak lengkap, semua ahli kena tahu. Berkumpul dan bincang awal-awal semua perkara. Cuba pikir masalah-masalah yang mungkin berlaku pada hari kejadian.Sebab kelam kabut pasti berlaku kalau pelanggan ramai. Macam habis minyak sape nak beli? keropok lekor nak potong berapa besar? sape nak handle kuali sape nak handle pelanggan? Bla2..

Keuntungan kira cepat, jangan delay lama-lama. Tapi sebagai beginner la kan, adat berniaga. Kesahnya kitorang tak balik modal. Pelanggan ramai je sampai tak cukup tangan, tapi dah tak untung nak buat macammana.

Pengajarannya kalau nak berniaga kena rancang betul-betul. Semua ahli kena maklum dengan rancangan awal dan sebarang perubahan. Kalau keropok potong dua inci, semua kena seragam Kalau sebungkus 2 ringgit, kena jual semua 2 ringgit. Jangan tenggelam dalam keexcitedan untuk menggembirakan hati pelanggan menyebabkan kita jual semurah-murahnya hingga tak balik modal. Tapi tu sume pelajaran. Alhamdulillah pelajaran tu sume lagi berharga daripada keuntungan. 


Saturday 7 September 2013

Kerjaya Orang Perempuan.

Rumate aku sejak beli buku fiq wanita, sibuk cerita pasal kahwin. Sampaikan setting otak aku berubah.. aku melompat terus pikir pasal anak-anak.

Aku rasa aku dah tukar prioriti, hidup bekerjaya, kumpul duit, beli tanah, beli rumah bukan lagi rancangan masa panjang aku. Sekarang aku bercita-cita nak jadi ibu.

Bukan gelojoh, tapi bila pikir balik cita-cita yang banyak, aku nampak jalan sekarang ni dah tak sehaluan dengan rancangan masa panjang aku.Tapi patut ke aku menyesal? = Tidak.. Walaupun tak boleh jadi lawyer, tak dapat jadi menteri, tak jadi doktor, anak-anak boleh sambung hasrat murni kita.

 Camne nak ada anak? 

Period, bermaksud boleh pregnantlah. yes!. Barulah aku sedar bertapa berharganya rahim yang tuhan bagi pada orang-orang perempuan. Daripada rahim wanitalah lahirnya pemimpin dunia, ahli perniagaan, bijak pandai dunia. Obama? Donald Trump? Mark Zuckerberg? Dari rahim yang kecil dan sempit juga lahirnya pejuang-pejuang agama.

Takkan Thuwaibah tak dapat pahala sebab menyusukan Rasulullah? Apatah lagi Aminah yang dah mengandungkan dan melahirkan baginda? Macammana pula Maryam ibu nabi Isa? Apakah tuhan sia-siakan pahala kesabaran Maryam yang melahirkan zuriat tanpa bapa? Seorang ibu yang telah mendidik anaknya hingga anaknya mengejar syahid, mesti Allah kira juga saham untuk ibunya.
Tangan yang menghayun buayan mampu menggoncang dunia.
E'eh tak nampak lagi ke betapa hebatnya kuasa ibu! Syurga anak itu dibawah tapak kaki ibu, jadi walau tinggi mana manusia tu, tinggi lagi kedudukan ibunya. Seorang penyair berkata: "Ibu bagaikan sebuah sekolah apabila engkau persiapkan maka engkau telah menyiapkan sebuah generasi yang baik sikapnya."

Wasted Belajar Tinggi2, sebab last2 duduk dapur jugak..

Sape kata? Kalau takder ilmu camne nak didik anak? Andai kata kena berhenti kerja untuk jaga anak-anak yang ramai nanti, InshaAllah pasrahkanlah hati ni. Walaupun rasa alam pekerjaan belum setara untuk menebus zaman belajar, tapi demi zuriat yang baik-baik, yang suka tolong orang, yang sanggup membelanjakan harta untuk umat, yang suka berbakti pada tanah, yang berani adil amanah sebagai khalifah, yang bijaksana berdiplomasi, yang besar pengaruh dan jasa, kenalah korban supaya anak-anak kita terdidik elok. Ada masa bermain dengan diorang, tunjuk kasih sayang kat diorang, pimpin diorang kenal dunia, ajar diorang kenal tuhan, kenal tujuan hidup. Nanti mati, yang diharapkan cuma amal jariah kita yang seberapa, ilmu kita yang banyak kat kertas periksa dan jugak doa anak-anak je.






Wednesday 21 August 2013

Lenggong to Ipoh. broken grammar

ü Alhamdulillah fieldcamp aku tamat hari ni..

ü Novi , Zakiah, Nisa dan Atiq menangi.. Xsangka Budak Acheh dua orang tu akan nangis.. 
Rapat sungguh diorang dengan faci, dan jujur betul diorang bina hubungan dengan kitorang.. Tengok air mata nak tumpah dari mata Atiq, aku pun rasa nak nangis.. Tapi aku tahan air mata.. 
N merasakan diri ni kadang xjujur.

ü Unpredictable, Aziz menyeru nama aku dari jauh. "Jumpa lagi Saleha!" Tapi aku dapat hidu 
keseganan dia. Akbar plak xmau menoleh langsung, mungkin dia membalas ketidak endahan aku.
Aku bukan apa, aku segan.

ü Kak Teh hantar trus ke JMG.

ü Beli barang kat Tesco naik kereta Taqi. Well phone rosak so sume depend on Nisa untuk contact Taqi.

ü Weho. Aku beli heater. Maksudnya sekarang aku dah ada heater.

ü Shower net yang baru dibeli dan belum dilunaskan resitnya telah tertinggal di PLA. What the.. 
Kepalaa itik tu cumel,.. Surry Syima. Tenet takde, phone rusak. Lame aku xkontak member2..

ü Hei Ipoh banyak pub, baru je sampai, kes ragut kat Ipoh klua dalam berita.

ü Malam makan roti. AKu pun pokai, lunch tadi elak makan nasi kandar 5-6 ringgit tu. So just makan roti,
 tapi tersalah order, sekali aku bantai roti sardin, dekat 3ringgit roti tu. Heh berkiralah, aku student ok.

ü Mop2 lantai, dari bilik ke dapur. Rumate aku Chinese, tp christ. It's orite.

ü Blik kitorang bahang giler, blik chinese ni ada aircond.. 

ü Tgok cerita Life of Pie, while Nisa fall asleep on d floor. Habis nonton jam satu, so aku decide untuk tido
 selantai dengan Nisa.

ü Mata dah terlipat ke dalam, tapi masih nak menaip.

Alhamdulillah dapat Li, dengan orang2 yang bagus. ALhamdulillah dapat fieldcamp segrup dengan lab Partners.
 Beri aku pelung mengenali diorang. Alif, aku rasa simpati. Macam bukan salah dia kalau orang cakap dia
 gagal jadi ketua. Christ, aku belajar mengenali dia walaupun kalau boleh sebenarnya aku xnak. Tapi aku baru
 nampak surface je, dia belum layak memiliki kepercayaan aku. Ila, Alhamdulillah dia wujud dalam kumpulan 
aku. Khalilah bermaksud teman karib. Yes she is. I adore her. Dia menyelamatkan kumpulan kami, 
menyelamatkan aku. George budak Sarawak. also my warrior. Tanpa dia, kami akan gagal. Thanks George, you are our
 savvier. Ros,.. Aku masih belum mampu mnngenali dia, memahami dia. Rasa suka dan tertanya2 bersilih ganti.
 Kenapa dia masih...? , apa yang jadi somehow sumenye ada pro n con buat aku.

Now Khairunisa Aqilah. Great woman, independent and confident. Resourceful. Sedangkan aku, kecil dan 
tak matang. Terkapaikapai menanti dan terlalu sering pasrah, berharap dan lepas tangan. Aku xnak sampai dia yang jaga aku.Yes she is sister, tapi belum cukup dewasa. Aku perlu keluar dari sifat
 kebergantungan aku. Sering kali ada idea, tapi tak nyatakan, at the end idea tu klua jugak, cuma dari
 mulut orang lain, Tu menunjukkan bertapa aku tak yakin dengan akal pikiran aku. 
Sak, out of the box guy. Somehow i fell like stupid bila dia ada.
 Taqi, proactive guy. Concern cam perempuan, tapi tu yang buat dia keep awake. Supporter and make him as a good socialist. Generally kind. 
While myself, too much mistakes, Uncountable but can be listed, because each one of it are clear. 
I need to stop complaining about how my parents grow me. But to open my locked door. Im alife, and my presence is important as how i think other people are equally important. 
AKu terlalu penakut.. There is a future that i will behold. The future will stand next to me 
so I need to find it before it stand next to other people. Grow Saleha,
open your timid brain cells. Think bigger. Asslamaualykomn Saleha 8 July 2013
Selamat memulakan latihan praktikal esok hari.

Mandi Wajib



"Bawa kamera Baqi? "
"Tak bawaklah"
"Alah.." Dian mencebik. Dian sangat gian ingin mengambil gambar.
Pengecas baterinya tercicir dan kameranya telah lama kehabisan bateri. Dian mula mengenangkan detik-detik
 yang bakal terlepas di Gua Tempurung nanti. Tiba di Gua Tempurung, Anis merungut tentang kameranya.
 "Nanti nak main basah macammana nak bawa kamera?"
"Nak buat macammana tinggalkan je lah." jawab Dian.
"Tak masuk air kut" Anis menangkis sangkaannya sendiri, "Guna kamera Baqi jelah."
"Baqi mana bawa kamera, kamera dia besar sangat. Tu yang tak best pakai dslr.."
"Tak lah, si Baqi ada bawa kamera. Tadi masa kau pergi toilet kitorang siap tangkap-tangkap gambar lagi." Dian tersentap dengan kata-kata Anis. Baqi telah menipunya, mungkin Baqi berniat untuk bergurau tapi cara Baqi silap, Dian pantang ditipu. Biar dia disindir,-sindir tapi jangan ditipu.
 Cukuplah tipu daya hidup yang telah dihadamnya selama dia membesar.

Kata-kata kesat bergaul dalam hatinya. Bagai salad mayonis dibubuh serbuk kari, bubuh banyak-banyak dan gaul sampai merah. "Tak pelah Baqi, kamera kau memang mahal.Tak padan aku nak pegang.
 Tapi kalau kamera aku elok aku tak hadap langsunglah dengan kamera kau."
 Sepanjang dalam gua Dian tak menunjukkan minat untuk memegang kamera Baqi, sekadar menolong
 menangkap gambar Anis sahaja. Selebihnya Anis dan Baqi dibiarkan bergambar sesama mereka, Dian tak
 ikut campur. Dia tersentap dengan penipuan Baqi, tapi Dian tidak menunjukkan gelodak hitam hatinya kepada
 Baqi. Dian menahan daripada menggamakkan diri

Van kompeni memecut meninggalkan Gua tempurung tetapi itu tidak melucutkan kemarahan Dian. Dian sangat
 tidak puas hati, dia tidak suka ditipu. Sungguh walaupun sedikit gurauan, seringkali dia rasa seperti mahu 
menumbuk muka orang yang menipunya. Dian boleh diam kalau ditengking, hatinya akan kecut. Tapi kalau dia
 ditipu, hatinya mengaum dan menjalarkan keluar akar-akar karnivor yang akan mencekik sang penipunya. 

"Aku yang dulu bukanlah ku yang sekarang.
Dulu ku ditendang tapi sekarang ku disayang.." berkumandang lagu anak kecil dari tanah seberang di corong
 radio. Sekejap itu juga kemarahan Dian larut dalam bait kata-kata lagu tersebut.
"cita-cita paling mulia tuk jadi orang kaya.." Serta merta air mata Dian merembes keluar dari ekor matanya.
 Berbagai-bagai perkara menerawang dalam kepalanya. Rindunya pada ayahya di kampung, janjinya pada
 kakaknya untuk membawa kesenangan keluarga, dendamnya pada abang tirinya beserta marahnya pada Baqi
 yang baru ini. Kehijauan yang berlari dari cermin van itu menghanyutkan Dian dalam kesyahduan perasaannya.. Tangisannya semakin kuat apabila dia sendiri memikirkan, "Sensitifnya aku ni. Ya Allah apakah hikmahnya kau berikan aku hati yang begitu tipis ini. Aku selalu tercedera sendiri, seringkali juga aku mahu mencederakan kembali hati orang lain. Ya Allah tebalkan dinding hati ini, jangan begitu mudah dirobek."
Akalnya ligat memikirkan, dia harus segera keluar dari kepompongnya. Terlalu lama dia berlindung, terlalu 
kerap dia bergantung dan acap kali Dian akan berasa sugul. Antara malu, kesal dan letih dengan kelemahannya
 sendiri. "Ya tuhan, lemah sungguh insan yang kau izinkan untuk berdiri di bumi Mu ini. Bagaimana mungkin aku
 mampu berjalan sendiri jika tiap masa aku mengharapkan tempat untuk berpaut? Sampai bila aku perlu
 mengharapkan pertolongan orang?"

Dian segera menghentikan airmatanya, dia tidak mahu Baqi melihat. Apatahlagi Anis. Dian menoleh seketika 
pada Anis, gadis itu sedang leka dengan panorama dari tingkap di sisi kanannya. Dian memuji Anis di dalam 
hati, rakannya itu sungguh cantik. Seringkali orang-orang disekililing Dian memuji Anis. 
"kecik comel si Anis ni.."
"Ha yang ni hantarannya 12 jadi 14 ribu. Mahal sikit sebab ada muka Arab sikit."
Dian sedikit cemburu, tiada siapa pernah memujinya. Seringkali Dian seperti tidak wujud di sisi Anis. 

Van berhenti dihadapan rumah sewa mereka. Jam menunjukkan jam 3 petang. 
"Ye tidur !" Anis bersorak. Anis sedang dalam pantang manakala Dian masih belum mandi wajib. Maka tiada
 seorangpun anatara mereka membicarakan soal solat zuhur. Terdetik dalam hati Dian yang sepatutnya dia 
sudah boleh bersolat. Dian menatap cermin bilik mandinya, "Nantilah tunggu asar nanti baru mandi." detik 
hatinya, sambil itu Dian merenung wajahnya sendiri. 
"kenape muka Anis tak burn pun?" sambil membelek-beleki mukanya yang berbelang. Dian merenung keningnya pula, 
"kening aku tak tebal macam kening Anis, muka dia pun tak berjerawat macam aku. Hidung dia tak kemek
 macam aku.." makin lama Dian menilik wajahnya, makin banyak ketidaksempurnaan ditemukannya.
 Lepas menukar baju Dian berbaring melayan lagu. Sejak akhir-akhir ini dia gemar benar mendengar lagu-lagu.
 Hatinya rasa terisi. Jiwanya seperti disapu-sapu oleh baldu apabila dapat peluang berdendang. Dian khayal
 dalam alunan musik dan hilang seketika dari dunianya.

Dian bangun dan melayan laptop, dia masih mahu berdendang kerana hatinya masih galau. Segera Dian mandi 
untuk menenangkan diri sekali dengan mandi wajib. "Ya Allah, rahmat apakah ini?"
 Sejurus niat mandi dibaca, air yang mencurah menuruni pangkal rambutnya seperti membawa jampi perawat.
Hati Dian segera tenang. Rasa marahnya padam, resahnya mengalir bersama larian air. Dian benar-benar bersih,
 hatinya terasa lapang. Marahnya pada Baqi padam, kesah tangisnya hilang. Lupa pada kekurangan wajahnya,
 segala rasa irihati yang hinggap tidak ditemukannya pada saat itu.

Dian menyungkur duduk menyedarkan diri. "Ya Allah kotornya hati ini, selama aku tidak sujud padaMu aku
 membiarkan sifat-sifat buruk bersangkar dalam hatiku ini. Patut lama sudah aku membersihkan diri. Allah.." 
Dian menghayati rasa kerdilnya, dia rindu pada sejadah, pada persalinan telekungnya, rindu untuk mengangkat 
takbir, rindu pada tafsir Al-Karimnya. Rasa rindu yang tidak disangka-sangka menyerbu kamar hatinya
 dan menyejukkan urat-urat darahnya. Dian sudah bersedia untuk solat.
 "Ampunkan aku Ya Allah, ibadah ku bukan untuk mencari calon suami, 
ibadahku ku juga bukan modal untukku berdakwah. Tapi hanya untuk dipersembahkan padaMu, 
aku mencari keikhlasan.."
"Biarlah aku tidak lawa, biarlah aku tak kaya.  Aku ada Allah.. Allah mudahkan urusan hidupku, aku redha 
dengan kesukaran tapi kau temukanlah teman dan bantuan agar ia menjadi mudah.sebab aku lemah ya Allah, 
aku mohon kekuatan." Dian menatap wajahnya di cermin, dia menemukan seri. Bibirnya kelihatan merah dan
 rambutnya yang mengurai menampakkan bentuk wajahnya yang memanjang. Dian senyum sendiri, menikmati 
keindahan yang dilihat mata hitamnya. "Biarlah orang tak kata aku lawa, asal aku rasa aku lawa." Hatinya
 mengggeletek sendiri. Macam masuk tong golek sendiri. Dian pasrah, dan menerima segala pemberian Illahi, rasa syukur beranak pinak dalam jiwanya.
 "Maaf Baqi, aku hampir memusuhi kau. Besok nak pergi zoo, nak tangkap gambar zirafah. Lepas ni biar aku guna kamera handset aku jelah. Snap slow pun slowlah."

Sunday 18 August 2013

Cara Menyembunyikan Perasaan


Gambar hiasan semata-mata. Tapi gambar hiasan pun , gambar ada makna.
Kadang kita penat menyembunyikan rasa suka kat seseorang, rasa malu, rasa tak layak, 
rasa tak setanding,
rasa tak sepatutnya. Tapi siapa boleh menyekat rasa suka. 
Macammana kalau kawan kita mengaku yang dia dapat hidu kita suka seseorang?
Kalau betul kita taknak sapa-sapa tahu yang kita suka seseorang tu,
caranya anggap sahaja kata-katanya adalah perangkap. 

Kalau kawan kita cucuk, cuba nak tahu cerita.. 
Elakkan pertanyaan seperti;
"Betul ke dia takde makwe..?"
@
"Betul ke makwe dia ni2... ?"
"Ko rase , obvious ke aku suka dia?" 
Awas, kalau kita taknak orang tahu, tak perlu timbulkan hint2 begitu.

Ni melibatkan kesan jangka masa panjang, mungkin dia mampu simpan rahsia.  Tapi sekejap tu jelah. Lepas-lepas tu? rahsia anda mungkin boleh di pas secara rahsia kepada kawan-kawan yang dipercayai mampu menyimpan rahsia. 
Dah tak rahsialah kalau orang lain tahu...

Macammana nak pura-pura tak suka seseorang tu?
Buat biasa.. Layan dia macammana kita layan kawan yang lain. Memang bukan senang nak
berperang dengan perasaan sendiri, rasa nak ribut dalam hati. Tapi What to do.. Thats all what we can do. kalau malu sebab bertembung selalu, cover jelah dengan muka bodo2 tak tahu kita.
Tak payah nak sibu tersengih-sengih. Orang tu tak buat lawak pun sibuk nak sengih. & Kalau dia buat lawak pun, ketawa berpada-pada dahlah. tak perlu ketawa berdekah-dekah, apatah lagi naik tangan tepuk-tepuk bahu dia, a big NO, NO...

Kalau kawan tanya
"Kau tak suka sapa-sapa ke? " Soalan ni begini bersifat approacable dan mampu menjerat untuk membocorkan rahsia. "Ntahla, aku tak rasa dia suka aku .." Jaga.. kalau betul nak berahsia jangan timbulkan tanda tanya, nanti kena korek.. Better cakap yang kita belum jumpa lagi yang sesuai. 

Keep in Distance
Bila dah suka, rasa seronok pulak kalau dapat jumpa selalu . Jadi untuk mendidik hati, 
perhatianlah jarak selamat anda. Memang ekor mata ni alert betul dengan bayang-bayang dia, tapi kata tak nak orang tahu, jadi jangan la bagi orang nampak ekor mata tu dan tahu.. Walau bagaimanapun, Keep in distance bukan maksudnya mengelak tiap masa, sebab mengelak tu tandanya malu. Cuma cuba kurangkan interaksi antara kita dan dia. kalau dah kita kena berkomunikasi ngan dia, sembang je lah cam biasa. Elakkan tajuk yang personal.

Member boleh hidu
Beriya-iya dan dengan excitednya menidakkan yang kita suka orang tu - tu juga bermaksud kau sua orang tu. Contoh member tanya  "Antara DIA dengan si Abu kau pilih mana?" secara automatik kau akan cakap kau pilih Abu. Tapi sebenarnya itu menunjukkan yang kau malu ank mengau au suka DIA ,cakap jelah "dua2 aku aku xnak.."

Kisah Benar
Gadis A sua mamat B. Sebab pada mata A, B ni seorang yang memenuhi ciri-ciri 
yang dia suka.Tapi sebab A ni jenis suka membongak dan sombong, dia tahu B takkan suka dia. Malangnya A dan B ni selalu je bersua muka.


A berusaha melupakan B
Setiap hari A akan cuba mengumpat dan memburuk-burukkan si B ni supaya dy dah tak nampak kebaikan dalam diri B ni lagi. A juga suka menyemarakkan suasana bila membernya bercerita yang B ni dah ada makwe. 
Tapi malangnya semua tu tak membantu langsung, A cakap dia selalu je bertembung dengan B, cemanelah nak lupakan si B ni. A give up fikir pasal si B. Jadi suatu malam, di tengah2 malam sewaktu kebanyakan manusia sedang tidur, dy bentang sejadah dan doa kat tuhan. 

Malam tu si A ni doa bersungguh-sungguh, menitik-nitik air mata dia. memang dia dah tak hadap dah dengan B tu, tapi B tu kenapalah nampak begitu bersinar-sinar di matanya. A mintak supaya dia dah tak suka lagi kat si B ni. Malangnya besoknya awal2 pagi lagi si A dah terserempak dengan B. A ni punyalah pandang B lama-lama. Berkali-kali dy perati si B ni. dia pandang B dan dia rasa pelik, dia pandang dengan rasa kosong.

A cakap, dengan izin tuhan, perasaan tu hilang tiba2. Tba2 hilang perasaan kat dia, 
Dia pun tak tahu macammana. Cam tak percaya kat diri sendiri. Kadang dia tanya lagi, "betul ke aku dah tak suka dia?" sekarang dia boleh pandang B macam biasa, tanpa apa2 bunga api meletus letus di dalam hati.  Natural feeling n feeling free nak usik mengusik si B. 

Pedomannya dari kisah member aku ni, hati tu milik tuhan. Sekian.


Saturday 17 August 2013

Si Hidung Kemek



  Hari-hari pandang cermin, makin lama aku lupa pada hidung pesek aku.
Bukan lupa, terletak betul-betul atas muka kut, takkan ye lupa. 
Cuma kadar teguran ke atas hidung sendiri tu makin lama makin berkurangan. 

Ada kakak senior ni pernah cakap, dia  dijemput untuk ceramah motivasi-keyakinan diri. Katanya cuba tiap pagi pandang cermin lama-lama.
 Tengok setiap inci muka kita sendiri hari-hari, tengok tang mata, tang hidung,
 tengok bibir sendiri, tenung lama-lama dan cuba puji diri sendiri. Contohnya
 "cantiknya... Mata aku ni.." kalau buat hari-hari komfirm kita akan semakin rasa diri kita ni cantik.
 Kalau nak tunggu orang puji tak tawu la bila kan, jadi DIY lah.

Tu lah time gosok gigi tu tiba-tiba terlintas dalam benak aku "Ya Allah simpankan kecantikanku".
 Bukanlah nak cakap cantik jelita cam miss universe ke apa, tapi kira cantiklah jugak,
 maksudnya dalam 10 tahun akan datang, aku belum tentu serupa dengan rupa yang aku pandang
 sekarang ni.mungkin parut jerawat makin berleluasa, mungkin ada parut eksiden plak kat mana-mana,
 ntah eyebag muncul menjelang hujung usia2. Pastu berdialog aku sendiri.
 "Alah pompuan, tahu pikir nak cantik je. Tua tu hakikat ok. Adat lah semua yang bernyawa menuju tua."
"Ye memang, tapi selagi boleh dijaga, kita cuba jaga. Mohon tuhan simpankan kecantikan diri ni
 untuk seseorang."
"seseorang...?"
"Ye, seseorang, kalau boleh biarlah aku jadi bidadari dunianya."
"Then aku tua nanti, kulit dah tak mulus. Dah bukan bidadari dialah... Sedey... "
".....Oh tuhan ampunkan aku, aku kembali padamu. Kebahagiaan itu datang daripadaMu, 
bukan dari sang suami yang kau padankan. 

Monday 29 July 2013

Kepulangan yang tidak disambut.



Cuti Nuzul Quran, dia menjejakkan kakinya lagi. Hatinya rindu ingin bertemu ayahandanya di kampung.
 Hatinya berat, gundah, tapi demi cinta hati dia merelakan langkahnya singgah.
Awal lagi kakaknya menegah, "Tunggu raya tak boleh ke?  Akak bukan apa, cuma rasa tak sedap." 
kalimah sms yang dibacanya terus menangkap ke hati, ya, dia juga merasakan ketidak enakan yang sama.
 Tapi Dian takut tidak sempat, ayahnya yang uzur itu selalu mendatangi bayangannya. Hingga malam tadi dia 
bermimpi, kucingnya si kembang yang telah mati sedang elok duduk disisi ayahnya. Dian terjaga dan terus
 teresak-esak. Bimbang jika ayahnya pergi sama seperti mana kucingnya mati, pergi sebelum sempat Dian
 menjeguk. 

Dalam kelam kabut mereka pulang ke kampung, bersama abang ipar dan anak-anak buahnya. Anak-anak
 buahnya tidak jadi ke kelas tambahan, kakaknya tidak sempat mereka lauk berbuka, abang iparnya pula
 terus mandi setelah pulang dari tempat kerja. Minyak kereta diisi 50 ringgit, perjalanan kali ini mengejar
 waktu kerana lewat petang nanti ayahnya akan diambil pulang oleh abang tirinya. Abang tirinya, insan yang
 paling Dian pikirkan. Punca segala kekalutan yang melanda dirinya. Dan sejarah berulang.
Ayah dian duduk di pangkin, sesampai sahaja proton Wira di perkarangan rumah kak Murai, Dian hampir
 sahaja melompat meluru ke arah ayahnya. Tapi langkahnya ditahan, dia mencium tangan kakak tirinya 
terlebih dahulu. Kemudian baru diraih tangan kurus orang tuanya. Mata ayah kuyu menatap Dian. Dian
 tidak dapat menangkap, entah gembira, atau entah sedih perasaan orang tua itu. Atau mungkin sebenarnya
 ayahnya lupa dan tertanya-tanya, siapakah tetamu yang datang tiba-tiba petang itu? 

Tapi ayah mulakan bicara "lama ko cuti?"
"Taklah, cuti sabtu ahad ni je.." Dian rindu pada ayahnya, tapi kerinduannya tak mampu Dian ungkapkan. Dian hanya menatap tubuh kering ayahnya, rambut ayah masih kehitaman seperti dulu, masih boleh disisir,, tidak seperti rakan-rakan sebaya ayah yang kebanyakan telah pergi. Kaki orang tua itu diurut-urutnya sambil dia menanyakan keadaan kakinya.
Kak Murai sentiasa melayan mesra kehadiran Dian dan kakaknya, sesekali perbualan kak Murai dan Kak Yati disampuki oleh ayah. Tapi bual mesra petang itu retak dek kehadiran abang-abang tirinya.

***   ***    
"Anak babi! Kalau aku tahu sapa yang buang baju bapak aku, aku kerat tangan dia!" Dian menyampah mendengar kata sumpah abang-abang tirinya.
Dian tidak akan lupa, wajah-wajah kopak yang berbicara petang itu. Herdikan mereka dilayan bisu oleh
 Dian kerana baginya masing-masing melolong seperti salakan anjing. Anjing yang terlepas dari sepitan, dan ingin membaham sesiapa
 sahaja. Anjing-anjing seperti itu hanya akan senyap jika dibidik peluru dari lubang tekaknya. 
Kakak Dian seperti dirobek oleh gigi-gigi anjing itu, tiap patah kata yang meluru adalah anak panah- 
anak panah bisa yang berlingkar mata-mata duri di sekitarnya.

 Dian tidak membenci, tapi kasihan. Dian
 tidak berdendam, tapi berjanji. Berjanji bahawa tiap seorang dari mereka akan menjilat ludah mereka 
sendiri. Dian mengulangi janjinya, Dian tidak akan lupa, muka dan kata-kata mereka. "Anak tak berguna satu 
sen" Dian akan tegakkan kebenarannya, siapa yang sebenarnya tak berguna. Siapa yang sebenarnya sampah,
 siapa sebenarnya duri punca nanah. Hari ini Dian diam, tapi Dian ingin pulang. Dengan izin tuhan, Dian berdoa
 untuk pulang. Membersihkan kembali air muka keluarnganya, menebus kembali maruah kakaknya,
 menegakkan hak ibunya, dan menagih hutang dari kata-kata kesat yang dilemparkan abang-abang tirinya.

 Dian memohon tuhan panjangkan usianya dan usia abang-abang tirinya, memohon kesihatan dan serba serbi 
kecukupan. Dia amat-amat mengharapkan rahmat tuhan untuk sekali saat dalam hidupnya, biar abang-abang
 tirinya menyungkur memohon maap dari keluarganya yang hanya terdiri daripada Dian dan kakaknya..