Clouds

Saturday 23 February 2013

Tips : Muet Speaking

Let me copying...

1. Speak in English at Every Oppoturnity

Speak in English with your teachers and friends at school and speak in English with your parents and siblings at home. Grab any oppoturnity you have to speak in English.

Most Chinese native speakers are ashamed to speak in English because they think they cannot speak fluently compared to those English native speakers. In fact, the earlier you start to speak in English, the more fluent you can speak.

2.Think In English.

You might be suprised that thinking in English actually helps you in English. Try to think or think aloud in English. It helps since you do not have to worry about the spelling error.

Again, thinking in  English for non-English native speakers is sometimes very hard at the beginning. However, once you have started for a few days or weeks, you will get used to think in English.

Haha, thinking what ha?
Practice make perfect. By following these effective tips, you should be able to speak in English confidently in your Malaysia University English Test (MUET).

Monday 18 February 2013

Cara Memikat Lelaki yang Kita suka?



In Love mood? Aku ada 3 tips untuk dikongsi~ Kalau member aku baca ni kompem tercemar la nma baik aku pasni. 

 Sorrylah sebab sebenarnya tak dapat bagi tips2 yang padu seperti yang diharapkan= bagaimana nak memikat hati jejaka idaman korang,
Isu gadis-gadis sekarang ni, Boleh ke Perigi Mencari Timba? Kalau ikut kata Ustaz Azhar Idrus (UAI), isu perigi cari timba tu pemikiran lama. Kita berhak pilih siapa untuk jadi imam kita. -(pemimpin pun rakyat yang pilih kan?). Jadi base daripada kata2 ustaz tu kiranya boleh la kita approach kita punya dream guy kan? Yep, boleh tapi ada cara. Search Engine pun banyak, . Ikut je la mana-mana cara yang korang suka tapi jangan lupa seperkara.

Seperkara yang membezakan perigi dan timba.
Apa beza perigi dengan timba? batu dengan plastik? Bulat besar dan kecik??
Perigi ni ada satu keindahan yang menghalang dia pergi kepada timba, iaitu perasaan malu. Malu adalah keindahan orang-orang perempuan. betul meh.. Jadi xperlu bertindak terlalu bold..

Kebetulan bangun tido dan tertonton rancangan kat TV Al-Hijrah di suatu pagi yang xberapa pagi. Rancangan Assalamualaikum agaknyer. Memetik petua 3P penulis buku tu~ ni bukan tips ustazah Siti Nor Bahyah.. ni tips dari ustazah lain. Muda ustazah tu, tak ingat namanya.

langkah pertama bila dah suka seseorang ialah ..
1) Pause -nape pule kena delay-delay ni..? org da xcited ni.. 
Lek lu.. daripada kata-kata penulis tu bole dikonklusikan yang kita..  beri masa ntuk adrenalin rush kita tu stabil. Xsangka, betul rupanya apa member aku kata, 'Love is because of hormone'. Perasaan is trigger by hormon, jadi satu masa nanti excitement bercinta tu akan hilang sebagaimana hilangnya perasaan gayat seseorang bila dah biasa gayat-gayat. Jadi beri ruang kat diri sendiri tok menenangkan salur jantung yang tengah berombak-ombak tu.

2) Prepare - Nak main bola kena praktis, sebab kalau nak menang kita kena prepare. Lengkapkan diri sendiri dulu. Kalau nak yang baik, diri sendiri pun kenalah baik. Kalau serious nak yang kuat pegangan agama, kita punya pegangan pun kena dikukuhkan jugak. Lelaki baik untuk perempuan baik kan..

3) Pergi.. -'go get him' best btol sentence ni kan. Masa untuk bertindak, dah prepare cukup-cukup baru la  boleh masuk gelanggang. kata penulis tu ada 7 langkah yang btul untuk mendapatkan jejaka idaman gadis-gadis. Nak tahu, bolehlah dapatkan buku dia di kedai-kedai buku. Oho.. bagai layu kembang tak jadi.. maaf la tu je yang dia nak cakap. Aku pun tak ingat sapa ustazah muda tu dan apa tajuk buku dia. Alah selebihnya tu korang belajar la daripada orang tua korang, kakak abang korang ke.

Kalau rasa sunyi sebab takder pakwe?

-Jangan desperate sangat,
Jangan takut sangat jadi andartu sampai korang melayan lelaki yang bukan-bukan semata-mata sebab nak ada pasangan.- takut takda orang nak-> takut tak laku-> jadi anak dara tua. Sila nikmati dunia single. Lagipun Allah dah bagitahu yang kita ni diciptakan berpasang-pasangan, apa nak risau. Cuma sedarlah bukan semua orang jodoh kat atas dunia. Ada yang mati tak kahwin lagi, tak kisah la mati tua ke muda.


Senior kat matrik dulu pesan
Lepas solat minta pada tuhan, temukan jodoh yang soleh. Doa boleh merubah takdir, hidup mati diaturkan tuhan, jodoh pun camtu jugak.
"Ya Allah, hadirkan dalam hidup ku suami yang soleh, jodoh yang panjang dan anak yang soleh dan soleha. Ameen.."  Ucapkan seikhlasnya penuh harapan walaupun time tu korang dah berkenan kat seseorang.


- "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

 Tak salah kita minta suami untuk membahagiakan kita, tapi ingat sumber sebenarnya kebahagiaan tu datangnya dari Allah bukan dari suami.






Tuesday 12 February 2013

Sg. Chongkak, Hulu Langat Selangor


12 Feb, akhirnya .. aku jejak juga kaki ke Sg. Chongkak. Umo 21 baru sampai Sg. Chongkak, mungkin budak kampung aku je yang dapat mengerti tahap ke'loser'an aku di sini.


Lepas Subuh kitorang gerak dari Nilai. Lalu highway, raya Cina orang ramai balik kg kan. Jadi jalan xsesak so xsmpai sejam dah bole sampai Hulu Langat.
Xsure kolam air panas atau parit air panas. X sempat siasat.
Da sampai area Sg. Chongkak la ktorang jmpa ni.

Si sulong mengantuk lagi.

Xbanyak gambar menarik aku dapat tangkap, sebab sibuk pegang barang dan sibuk makan. Da nama berkelah, sibuk makan la kan kejenya. Nak main air , segan plak da besa panjang.

Nenek belanja kek..kek xsampai 10 rggit. Caye x?

Arang mahal pun tada guna, susah mau nyala.

Sini sg. cetek, Air pun xterlalu deras. Jadi kalau budak baya ni  mungkin bole
lepa kejap sementara ayahnya nak makan sosej.

Kawasan ni bersih sebab berjaga, sebab tu masuk kena bayar 3 ringgit. (xsilap). Parking pun kena 3 ringgit jugak. parking tu dekat belah luar. Tapi x sure kalau dalam ni bole bawa kereta masuk atau x, sebab aku nampak ada je kenderaan keluar masuk.

Luar daripada kawasan ni, iaitu kat area mula2 kereta masuk kawasan sg. Chongkak ada pondok2 kecil yang bole disewa. Harga ok rasanya, lingkungan 7 ke belasan ringgit. Bergantung pada keadaan pondok. Jadi yang xda khemah tu xyah la kalut. Tapi pondok dlam gmbar ni free, cukup la da bayar 3rggt mula2 tadi. Sebab ada orang tua, jadi ktorang pun ambil pondok yang dekat dengan pintu masuk je, jauh ke atas sana tak tawu la apa lagi ada.
Mak buyong yang dipercayai milik orang asli.
Dekat2 pintu masuk memang kawasan penempatan orang asli pun.
Pondok yang disediakan. Tengok2 jugak, kalau cuaca elok, xyah bimbang soal atap bocor.
bukan bocor, tapi pecah.
Berkelah kat sini ok je , tandas ada, surau ada. Bersih x bersih tengok masa lah. Makanan better la bawa sendiri kan, nama pun berkelah. Waktu kitorang sampai, abang tukang sapu baru selesai bungkus sampah, tapi kereta da banyak dah.. Dalam pukul 2 petang kitorang pun terburu-buru balik, sebabnya hujan, sebabnya bumbung pondok pecah.. 3.30 sampai rumah.
Aku tahu apa yang anak-anak buah aku tengah imagine, korang tahu?
~ masing2 bajet adventure.
Bapak budak sedang mencuba kemudahan yang disediakan.

Kita bagi peluang  kepada driver untuk berehat. Pas main air sedap dapat lelap.

 


Thursday 7 February 2013

Bukit Bunuh ~Lenggong, Perak.


Mentari pagi~  Hari ke-4


Cuti sem aku dah luak , sebab seminggu ikut senior buat geo survey kt Tapak Warisan Lenggong Perak. Jadi sebenarnya aku menyesal ke pergi? memang menyesal, menyesal sebenarnya kalau x pergi.. bole hiking for free. Naik turun ladang getah ladang sawit tu kira hiking la.

 Kat sini kitorang buat resistivity and seismic survey. Resisitivity bertujuan untuk tengok rintangan dalam tanah, seismic pulak kita tengok macammana gelombang lalu dalam tanah, dengan cara tu kita bole tahu berapa kedalaman lapisan tanah. Gambar aku amek banyak guna kamera memberlah, so xley nk tnjuk acane.


Peralatan seismik, main source yang aku tak tnjuk kat sini ialah weightdrop 40 kg untuk dihentak oleh orang2 lelaki ke tanah supaya teraloc yang warna oren tu bole display gelombang tenaga dari hentakan weightdrop tu.

Juliana Banos tercicir kasut dalam lecak paya. (lecak paya, ape aku sebut nieh?)

Mula2 dworang tebas belukar buat jalan, lepas tu kitorang masuk bawak tool. Bertahun-tahun aku tengok bapak aku pakai kasut but getah, tapi xpernah pakai, kali ni barulah merasa kena pakai. Redah semak, duri, paya, semua ok. Pasni bole consider but getah jadi hadiah buat orang tersayang.

Motif kat kawasan bukit bunuh ni adalah untuk kesan hentaman meteor. Sebab budak arkeologi cakap ada jumpa jenis batuan mineral yang xda kat bumi, kalau betul hipotesis tentang meteor tu, mesti sepatutnya ada kawah hasil hentaman.


Naik tadi guna van dengan ranger, waktu turun sume pack ikut ranger je.

Actually we try to mention the backdrop~ Unusual scenery for me.
Jenayah bole berlaku dimana sahaja.

Waktu buat seismik kat tepi rumah orang, baru lepas makan kelapa cik Peah Semprit. Siap hidang cempedak lagi.



Tempat berkubang sapa nieh?

Ye ke batu meteor ni? Tapi dworang kata longgokan batu ni relate dengan hentaman tu, dan banyak lagi batu bersepah dalam ladang sawit ni.

Sungai Perak~

Malam senior2 proses data, dan ada yang mengajar cara proses data. Ada yang garu kepala, ada yang garu kucing.

Sarapan sambil tengok tv bisu.

Pagi2 ktorang akan singgah Pekan Lenggong beli jajan buat bekal tengahari ke petang. Xdan nak bawak nasi msuk hutan, (xla hutan sangat, ala2 hutan je.)  Ada satu perasaan yang best kat Pekan Lenggong tu, iaitu rasa aman. Nampak warga emas je ramai kat sini, budak2 kecik susa nak jumpa. Jalan xsesak, sume orang slow and steady. Mungkin sebab pagi lagi kut.
Pekan Lenggong.


Gambar rosaklah, waktu pagi, waktu untuk memborong biskut. Kak Awen as our banker.


Tak banyak kenderaan kan.
Dah banyak sangat keluar masuk ladang, bukit mana aku jejak pun aku dah tak tahu.
Ni tempat paling seksa, berteres-teres. Tangga memang xdalah nak naik turun, panas kering lagi.
Mula aku join team seismik, skang team resist plak. Tyme ni tengah bentang kabel untuk 400 meter panjang.

Hari terakhir di lapangan, bsok ktorang akan meninggalkan senior2 meneruskan tugasan mereka untuk 3hari lagi.
Alhamdulillah, terima kasih sume. Surry mark, you punya gambar nampak kaki je.
Satu pengalaman baru sebab dapat bekerja dengan senior2 dan budak2 Acheh. Bila sebut Acheh automatik
kita fikir Tsunami dan pekerja asing. Kali ni kita tengok dari sisi akademik plak. Sistem pendidikan dworang cam kita, dan attitude dworang pun sama je macam kita.Semoga lain kali kita gather lagi.