Clouds

Sunday 14 April 2013

Smartphone atau Tab? atau.. kereta??


DUIT SENDIRI>>>
Rebate 200 smartphone buatkan aku berangan nak beli phone baru. Phone lama elok je, tapi PAYAH nk connect wifi. @ aku yang tak reti guna. Dan xpernah boleh guna walaupun apps Wifi terang2 aku letak kat front display. Aku pun buat lah bunyik kat akak aku, bunyi2 yang bermaksud "saya nak phone baru!" Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Tiba2 akak aku sebut psal buku bank, sebelum tu dia tanya
" nak keluakan duit bank ke? Nanti tak nak beli kereta ke?"
Aku pun dengan tersipu2 ayam jawab Ye~. Masa tu aku pikir aku nak keluarkan sikit je, sebab nak buat beli kereta. Pergh maksudnya kat situ aku membayangkan kaya rayanya aku sebenarnya selama ni, cuma xda sapa nak bgtwu sebb tunggu aku cukup umur. (Tp lama dah aku cukup umur sebenarnya.. ni isu ketidakpercayaan la ni). Aku pun usha la smartphone yang under 700. pastu 800..naik plak RM 900. Berangan plak beli note... Ribu Raban tapi, Haish. Ukur baju di badan sendiri.... tapi mengenangkan aku kaya.. I tak kesah, terlebih 2-3 ratus apa la sngat.

Tup2 dpat buku bank, OK. Back to the Earth. Mungkin aku terlebih tengok drama, haha.. Saya cuma manusia biasa.. keluarga saya pun biasa2.. Takda duit wasiat juta2 tu sume.. Pergh, part tu memang kelakar giler... Bertapa entah apape2 nye aku punya expectation.

Akak aku bawak pergi Mines cari phone, aku imagine kat kedai apek2 je.. Yelah, setelah 'Back to the earth', bertapa xseberapanya aku ni. Time tu dah draw siap2.. Time nak draw tu sedih giler, tgok baki 200 je. Duit sendiri kut, aku rasa tu lah motifnya akak aku tnjuk buku bank.