Clouds

Tuesday 25 June 2013

Real Food Real Happiness..

Jam 3 pagi yang dimisterikan oleh kebisingan kucing lapar.  Kalau aku jadi kucing aku xnak makan lauk tong sampah, nak duduk tepi laut tempat nelayan. Banyak ikan! Tapi tak semua kucing bertuah, kucing Restu memang membesar dengan lauk tong sampah, -anak gelandangan.
Bukan nak mengadu, cuma nak berkongsi cerita..3hari dah tak makan nasi Nak jimat satu, malas makan satu. Kesannya, aku moody. Study rasa tepu, nak jawab exam 3 jam rasa tak mampu. Tiap-tiap masa rasa nak mengeluh, tu ini tak kena. Bertambah tensyen pikir ada lagi satu paper 3unit. Tengah jawab periksa rasa macam nak meletup blood vessel ni. Tensyen! Tapi tadi petang akhirnya beli nasi, tengok cermin rasa happy. Bibir jadi merah sikit, mood naik. Rasa tenang sikit nak belajar.. tapi stil addict pada benda manis~ huhu biskut di jari jemari... 

Nampak tak kekuatan makanan kat situ, hari2 makan biskut makan roti, aku rasa macam orang hilang perasaan. So tambah lagi kesyukuran atas nikmat nasi, InsyaAllah perjuangan diteruskan, cuba study dengan perut 'happy'.

~ tunggu bapak, i will keep trying- im study!. Moga Allah memberkati usaha anakmu ini, supaya dia boleh beli kereta  dan rumah baru untuk kita. Tunggu bapak.

Sunday 9 June 2013

Saturday 1 June 2013

Menawan Bukit Jambul..

Sebelum ke Gunung Jerai, eloklah  warga-warga Pulau Pinang Datang ke Bukit Jambul dulu.

Minggu Study week baru bermula, hari ni hari Sabtu. Kita buka study week dengan latihan kecergasan. Pukul 8 pagi, Adib, Nuwt, Atiq dan Taqi berjanji nak mendaki Bukit Jambul. 2 orang lagi member xdapat ikut, sorang flu, sorang lagi lost contact. Sorang lagi jadi tukang cerita jer.


Gerak dari Restu USM, Bukit Jambul lagi dekat dari kompleks beli belah BJ. On the way nampak rumah2 banglo besar. Rasa rendah diri membayangkan isi rumah diorang ni.


Kebanyakan hiker dah turun, dan macam biasa kelibat warga-warga emas sentiasa menghiasi pemandangan. Dengan family, anak isteri, sorang ada, dengan cucu ada. 

Sebagai pendaki amatur, BJ ni sesuai untuk yang ada masa lebih untuk joging. Nak naik waktu pagi, sebab cuaca belum panas. Mula-mula akan jumpa lantai bukit curam lebih kurang 35 darjah, kitorang ambil jalan kanan dan ambil denai hutan daripada laluan berturap (kiri). Jalan dengan member membuatkan xperasan berapa lama masa nak ke puncak, kejap je sampai atas dah. Peluh musti punya, tapi untuk jenis non-hiker ni, mungkin perlu stop ambil nafas 2-3 kali sebelum sampai atas. 

Sinar matahari pagi.. 
Hei, getah!
jangan pandang rendah BJ, ada je laluan yang menduga pengunjungnya.
confius nak ikut mana ni? - Jalan kat denai ikut kertas putih ye. 
Open gim
Sila pandang.. nampak jambatan Pulau Pinang dari sini.
Fasiliti kat atas BJ. Selesa nak luangkan masa untuk ambil nafas.
Ada buah cempedak.
terbanglah Awan Nano..
Snap sebelum turun.

Kita balik dengan tangga.. Rasa lebih dekat.

 
Alrite, masa untuk balik...misi tamat, lepas ni singgah warung.

Waktu turun, nampak makin ramai plak ibu ayah bawa anak-anak. Seronoknya kecik lagi dah hiking. Member la ajar, waktu balik turun bukit, jalan zig zag atau jalan membelakang untuk jaga lutut. So orang perempuan jangan keberatan nak buat, sebab tubuh kita fragile. Handle with care.

Alhamdulillah..Moga kekuatan jasad kami ini kau pinjamkan lebih lama lagi Ya Allah untuk kami manfaatkan sebaiknya.