Clouds

Sunday 16 February 2014

Nak Motor!!

Hujung 3rd year sem 1 yang lepas aku telah merengek dan mengeluh sepuas-puasnya kerana inginkan motor. Puncanya sebab rasa beban dengan FYP , pengangkutan awam dalam U mengecewakan, dan masalah masa sungguh meletihkan. Haish...

Setiap hari nak pergi keje (part-time) aku akan berfikir tentang si motor. Sekarang cuti sem, waktu yang paling sesuai untuk memiliki motor, tapi mengapa aku masih tak beli?

-sebab aku masih berfikir, "mampukah aku memiliki motor?"
Kerana kemampuan, aku memilih motor yang sederhana ini. Tetapi kerana kemampuan juga aku melupakannya.
Suka oren, tapi menjerit sangat atas jalan nanti. Hitam lebih invisible~
moto yang aku usha sekarang atas sikit dari ex5, iaitu honda wave DX. bezanya dengan honda wave S dalam 300 je. Tapi menjadikan harga cashnya sekitar RM4,700. Motor akan sangat bermanfaat untuk aku yang suka menyibukkan diri ni. FYP + kelas BI + kelas Muay Thai + pergi kolam + pergi kelas hari-hari +memanfaatkan lesen motor.

Tapi kalau aku beli jugak motor, kesannya
= simpanan aku akan habis + barang kemas peninggalan mak aku akan ke kedai pajak + kena cari kerja tetap untuk pastikan aku bayar sewa pajak + KENA KERJA, baru plan tak nak kerja sem ni.
= mempunyai motor menimbulkan persoalan , mampukah aku menjaga si motor? + mampukah aku menangani risiko xsiden? kos rosak? + mampukah aku hidup dengan simpanan RM0?.

Demi memastikan konsistensi hidup aku, agar stok biskut coklat aku berterusan.. ( biar catu nasi, tapi jangan sekat biskut !). Aku terpaksa tekadkan diri untuk hidup tanpa moto sem ni. Tekadkan hati untuk berjalan ke school bahasa, tabahkan diri untuk menanti bas yang maha lewat.

Baju melayu kawannya sampin, keris sisipan dihujung jari,
Mengukur baju di depan cermin, padan-padankan dibadan sendiri.

Motor ialah liabiliti. Semoga aku kekal memelihara kredibiliti kelestarian ini. Telan word ni  => #Saya suka kenderaan awam

update # kenderaan awam dah naik harga.

No comments:

Post a Comment