Clouds

Wednesday 20 August 2014

Chida Clean Corporation - Projek Tenaga Kitar Semula

Chida Clean diasakan Nobuyoshi Chida, pelajar Ekonomi dan Sains Politik.  Beliau ialah sebahagian jawatankuasa pendidikan alam sekitar di Miyagi.

Operasi : 
 1- Menghasilkan bio fuel daripada jagung untuk enjin gasoline.
2- Menghasilkan bio diesel (BDF) daripada minyak jagung dan minyak rapeseed (biji sesawi) untuk trak.

Pengumpulan minyak jagung  (atau dipanggil Tempura oil oleh orang jepun sebab di jepun minyak tak guna sangat, kebiasaannya hanya untuk menggoreng udang) :
-minyak dari pejabat-pejabat di bandar,
-minyak dari hotel-hotel
-minyak dari kilang-kilang
-minyak dari supermarket (minyak terpakai dari rumah dibawa oleh ibu-ibu ke supermarket)

Fasiliti:
-kos pembinaan 100 million yen
- mampu menghasilkan 600 liter BDF sehari

Rape Blossoms Project oleh Universiti Tohoku
Kalau anda Google Image 'Miyagi' , yang keluar hanyalah lambakan gambar kemusnahan Tsunami. Memang Miyagi terjejas teruk dengan Tsunami, ombak Tsunami telah membawa lambakan garam yang meracuni tanah pertanian. Oleh itu, bijaksanawan-bijaksanawan di Jepun telah mengilhamkan penanaman biji sesawi (rapeseed) disebabkan ketahanannya untuk tumbuh dalam keadaan tanah masin.Hanya Universiti Tohoku yang mempunyai simpanan gen tumbuhan sesawi ni di dunia, debak.. Ini melibatkan pembinaan semula pertanian dan treng te deng, seterusnya penghasilan biodesel.

Permintaan :
-BDF untuk kenderaan awam
-BDF sebagai generator diesel atau jentera-jentera pembinaan

Ni buat rujukan budak2 kimia ye..

Peralatan makmal diorang nampak ringkas je sebenarnya.

Projek hasil usaha sama kemementerian dan universiti.


BDF yang dihasilkan digunakan untuk jentera berat terutamanya sewaktu kerja pembersihan selepas Tsunami.

Akibat bencana alam, stesyen jana kuasa nuklear (atom) terjejas. Tanah pertanian yang terdedah pada kebocoran radioaktif menjadi berbahaya kepada petani, lembu ternakan, hinggalah pengguna akhir produk pertanian  Menariknya projek ni digunakan pada tanah yang terjejas pada radioaktif dan hasil tani tidak dimakan , tetapi dijadikan bahan bakar. 

 

The Great East Japan Earthquake



Banyak sumber jana kuasa yang terjejas teruk akibat gempa bumi, seperti kerusakan paip gas, kegagalan jana kuasa elektrik dan juga kerusakan pada bangunan petrokimia di bandar Sendai.

Sweetlah orang Jepun ni..













No comments:

Post a Comment