Clouds

Saturday 11 October 2014

Antara Motosikal dan kereta

Jauh aku ulang alik hantar akak aku kerja sebelum memandu ke tempat kerja sendiri,
Nilai > Bangi > Serdang.. Jadi aku putuskan untuk memiliki kenderaan sendiri.

Pilihan antara moto dan kereta -susah nak buat keputusan. Akak aku booking Axia betul2 sehari sebelum pelancarannya. drastiknya, surat ofer kerja pun tak dapat lagi. Dan akak jugak terkejut balik sebab aku minta dy cancel booking tu.~ Terbang duit booking dy.

Sebagai perempuan, kereta adalah lebih baik. Tak perlulah berhenti kat jambatan kalau hari hujan. Kalau kereta rosak, boleh duduk dalam kereta. Nak pergi mana2, balik lewat pun consider lebih selamat dari motor. Nak hangkut beras 2,3 kampit pun tak jadi masalah. Seronok kalau ada kebebasan nak kemana mana tak mengira waktu, cuaca dan boleh bawak member. Kalau jem boleh dengar radio..Risiko mati pun rendah, compare dengan naik moto.. Kena langgar sikit pun hancur...

Dengan motor, aku terpaksa menahan panahan air hujan, menahan kepulan2 asap dan debu2 di awang awangan (masalah pori2 tersumbat). Nak balik kampung sendiri naik motor pun x diizinkan. kalau motor rosak kena duduk tepi jalan.

Tengok aku mampu tak bayar kereta, ikut situasi aku gaji aku lepas tolak
+Tolak epf socso
+tolak duit tol minyak kereta (RM 500) tmpat kerja jauh
+duit family (RM 300)
+balik kampung tiap bulan (RM 300)
+bayar ptptn ( RM 200)
+maintanence (paling jimat RM 200) tisu, sabun bagai....
=aku x jumpa baki untuk bayar duit kereta,(min RM 400 bulan2) apatah lagi nak menyimpan.

So senang cerita aku relakan amek moto, musti ada belen tu sume.
 awal2 kerja ni aku memang perlu mulakan menyimpan. Aku selesa kalau naik kereta, tapi aku belum sanggup nak mengisi minyak sampai beratus ratus sebulan dan tak rela nak keluarkan duit nak repair2 kalau rosak, servis, rod tax. Tak nak, tak nak bayar tu sume.. Jadi kereta lain kali punya cerita


No comments:

Post a Comment