Clouds

Thursday 25 December 2014

Detik2 ber... Graduasi

Biar layu di mata, tapi takkan layu di hati..
- Aku akan grade, dan my sister bought me a bouquet of real rose. Aku rasa its kind of membazir, sebab ianya sangat expensive.. but It make ver.. very happy... and the spirit remain- the spirit of real flower. Seriously dapat bunga hidup dengan bunga plastik sangat lain rasanya.
Jd aku belajar sesuatu.. money easily go, but let it alone because moment hardly to find. And each moment slowly tell who you are. Whether you really appreciate people around you.. by celebrate moment or jz . ignore.

- CONVOCATION...   member2 sibuk tempah baju, cari make up. Ambik gambar sampai xcukup memori, sampai habis bateri. What ever.. aku cuma nak bring my family closer lepas nih. Dah terlalu lama aku tinggalkan family untuk sekeping Ijazah ni. Family datang jauh2, sanggup bersesak-sesak, bawak budak kecik lagi, berpanas melekit-lekit, terharu..  nampak kasih sayang di situ.

Cuma selama ni aku fikir, CONVOCATION. Cuma satu sesi naik dan turun pentas melepasi khalayak ramai, yang tak ambil tahu pun siapa kita. Dah habis belajar dah la kan, ambil sijil, pastu balik. Tapi bila mula rasa nervous nak naik pentas. Baru terasa moment susah payah study selama ni dihargai.. stay up, berlapar, ulang alik dewan kuliyah, tunggu bas sambil menyumpah-nyumpah... So education actually matter.- Penting - Moment yang tak terbeli... Pergh, bergembar gembur feeling. ---

Banjir Ini Angkara Rembulan..

Penduduk meredah banjir di sebatang jalan di kawasan perindustrian
gambar - Utusan Online
Hujan rintik,
pantai dengan gelombang,
purnama di langit seterang fitnahnya..

Ibu merintih,
kainnya basah dek air banjir,
belom lagi perkakas rumah.
Umat malang mencari bukit,
tanah-tanah tinggi  tempat sembunyi.

Tapi di jajahan lain,
tanah sudah rata, dinaiki rumah-rumah dan bangunan baru.
Bukit-bukit sudah serendah kakinya
lantai bumi berturap belaka.
Andai renyai, kering airnya
Andai bah, bertakung selama-lama,

Tanah sudah dilitupi, simen dan konkrit melapik bumi
Kemana air akan pergi?
Bukit-bukit sudah rata, pupus sudah tanah tinggi.
Kemana umat ingin mendaki?

Thursday 4 December 2014

Motosikal Idaman

Aku takde motosikal idaman, aku cuma mengidamkan sebuah motosikal. Tapi ;

-Skuter reject, sebab xsesuai dengan roh.
-LC reject, sangat selesa ditunggang tapi harga di luar bajet.. .
-Ex5 reject, sebab tak mendapat sokongan keluarga dan dimomokkan dengan kecurian.
-Honda future, sepanjang perjalanan ke kedai moto aku jumpa orang bawa moto tu - clear sign yang aku xpatut memilikinya..
-Honda Dash, dah tersenarai dalam pemerhatian, tapi lampu belakang dy aku kurang minat, plus kawan aku cakap motor tu berat nai bukit. Tak tawlah kalau dia yang tak pernah servis moto ke apa.
-Suzuki almost terbeli, tapi reject bila naik moto tu. kepala motor tu rendah, rasa cam naik moto budak2. Jadi tak rasa selamat bila badan terlalu terdedah pad luruan angin di atas jalan raya,
-Honda wave - na usha tapi tiba2 lak takde kat kedai tu, downpayment mahal la ..kata aku xmmpu bayar la bla2.., sebnanya salesman tu dah penat layan aku.

Semua cam hampir hilang kewarasan menunggu aku buat pilihan, jadi aku selamatkan keadaan dengan pick je modenas yang paling dekat dengan aku. Modenas MR1, aku xdelah bkenan sangat dngan rupa dy. Tapi bagi aku OK lah, sebab tak serabut sangat, pattern x spike sana sni. Rasa selamat sebab boleh sorok kaki bila nai motor ni. Waktu aku naik showroom aku cakap nak suzuki, bila trun tiba2 nak modenas, sape tak hangin. Weee... Nak buat macam mana.

Jadi 3 hari lagi moto akan keluar .Aku sedar meter dy oldskol,aku sedar gear dia keras, walaupun MR1 ni x laju dan xda disk brake. Tapi puas dapat beli cash, sebab aku tak perlu bayar lebih bunga-bunga cinta . Aku berjaya memujuk akak aku supaya belikan cash. Jadinya tiap2 bulan aku bayar kat
akak aku je~