Clouds

Monday 14 December 2015

Artis & Illuminati

Masa sekolah menengah dulu, lagu paling aku suka dengar 'Just Dance', lirik dy xmembabitkan langsung hidup aku, tapi muzik dy hidup sangat. Masuk dan sangat fit dalam kepala otak dan tubuh badan. Penyanyinya pun meletup dengan sangat pantas. Tapi lepas tu stop sekejap, sebab.. keluar isu dia puja setan. Sebab akal masih waras lagi masa tu, aku pun stop dengar walaupun sangat suka dengan lagu dia. Masa tu takut pikir kalau nyanyi2, nanti terikut sama puja syaitan. Bukan main2 wo..Tapi walau hangat camne pun rumor pasal illuminati bagai ni, si Gaga tu semakin juga hangatnya. Dan  bertambah ramai pulak artis yang makin mengikut ikut stail dia,kononya Bieber, Rihanna, n Selena Gomez.

Well sume pernah dengar illuminati... demonic, satanic..bnyak lagi lagu yang best milik Barat tapi dikaitkan dengan satanic. Contoh 'Im coming home'. Then kawan aku cakap, nonsense la.. Kita ni prejudis sangat, sikit2 konspirasi.. sikit2 konspirasi.Oleh sebab dia berilmu agama jugak, tapi bila dia cakap macam tu. Aku pun berlapang dada lah, dan dengan lajunya aku buka lirik video lagu tu sebab nak hafal. Tapi lama kemudian aku terjumpa blog ni yang menghuraikan intipati lirik 'Im coming home'. Antaranya mengingatkan kehadiran dajal yang menyenangkan dan dihiasi hujan setelah kemarau panjang.

PARANOID ye tak? .Keyakinan yang aku sendiri tak mampu suarakan (sebab xda bukti) dikukuhkan oleh penjelasan Syaikh Hamza Yusuf. Seorang ilmuwan dari US yang pernah bertapak seminggu di Malaysia untuk menyampaikan speech2nya.. Beliau meyakinkan bahawa satanic dalam muzik adalah benar. Artis mengamalkan simbol2 tertentu. dan mesej2 tertentu dalam lirik lagu.
"Pop culture was in art, now art's in pop culture in me" - applause lyric

Beliau juga menyatakan lirik2 lagu sekarang tentang drug, seks, drunk2 tu pun sebahagian konspirasi syaitan. Bunyiknya macam..  'ha'eleh... rilek la. Normal la tu' Tapi kalau bole pikir balik, sume tu  bukan fitrah manusia dan sememangnya apa yang syaitan mahukan dari kita. ringkas maksud, bak kata syaitan "Tak dapat buat dosa real, subtle2 pun bole la katanya. Cam zina, tak buat betul pun xpelah, zina ringan pun jadi, at least manusia dengar kata aku jugak. Tak drunk betul pun, dendang2 ala drunk pun jadi la.."

I’m coming home
I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes - Im Coming Home
A day without you is likeA year without rain.I need you by my side,Don't know how I'll survive.  - Selena Gomez "A year Without a Rain"
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. .... Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. 
‘Cause I’m on top of the world, ‘ay
I’m on top of the world, ‘ay
Waiting on this for a while now
Paying my dues to the dirt
I’ve been waiting to smile, ‘ay
Been holding it in for a while, ‘ay
Take you with me if I can
Been dreaming of this since a child
I’m on top of the world.- Imagine Dragon "On topof the world"
 dajal makhluk terkurung yang tak sabar2 ingin bebas.

I got all I need when I got you and II look around me, and see a sweet lifeI'm stuck in the dark but you're my flashlight- Jessie J "Flashlight"
kebergantungan kepada dajjal yang tidak dapat ditolak kerana kesenangan hidup yang ada bersama dajjal.

When the days are coldAnd the cards all foldAnd the saints we seeAre all made of gold
When your dreams all failAnd the ones we hailAre the worst of allAnd the blood’s run stale
I wanna hide the truthI wanna shelter youBut with the beast insideThere’s nowhere we can hide
No matter what we breedWe still are made of greedThis is my kingdom comeThis is my kingdom come - Imagine Dragon "Demon"

Apa lagi yang perlu dihuraikan? Imej berbentuk tiga segi yang muncul di mana2 sahaja dalam klip video? atau dalam movie?  Ramai lagi orang lain yang dh menghuraikannya dengan lebih detail dan hebat..

Image result for triangle in rihanna music video

WORLD RAVING AWAY FOR DAJJAL  -
https://www.youtube.com/watch?v=QwzRxgSui7s&feature=youtu.be

Apa yang dinyatakan Bilal Assad dalam lecture pendek ni ialah benda yang berbeza daripada cerita di atas. Tp it give clear sign ...Dajjal.. sedang mendekat. Mungkin ramai lagi orang akan cakap artis dan illumniati tu nonsence, tapi pada aku syaitan masih buat kerja.
Mengapa kita boleh berasa terlalu selamat?
Adakah kita fikir syaitan akan tidur? Sedang tidur?
.#Sedih
Songs are amazing
But music is no longer reliable
If you really care
and realize the live that you heading to.. Wallahualam.
How can These harmless sound so demonic?
Be Selective with the music you listen to....

Geofizik?

Awal dulu aku tak tahu pun geofizik ni ape,pertama kali waktu nak pilih kos masuk USM. Di USM, Geofizik ni kos bawah Pusat Pengajian Sains Fizik. Boleh diandaikan kos ni macam sains kajibumi. Belajar tentang kerak bumi, tanah, laut, udara, peluang nak belajar astronomi pun ada.

Banyak perkara yang membezakan komuniti ni dengan kumpulan fizik lain. contoh yang lain tu macam Engineering Physics , Medical Phy., Pure Phy., dan Applied Phy. Antara subjek untuk geofizik ;

- Geology (batu, mineral, batu, mineral...)
- Solid Earth (teras bumi, kerak bumi, macam mana gempa bumi terjadi,..)
- Exploration Geophysics (Cara guna alat-alat kaji bumi, GPR, resisitivity, Seismic, processing data.)
- Geophysical Data Analysis (fevret IT,bergelumang dengan data dan kerja2 membersihkan noise         daripada data untuk dapatkan signal clear daripada aktiviti kerja-kerja kaji bumi).
- Meteorology (kaji cuaca, tentang udara, awan, hujan, angin, ribut, hurricane, cyclone)
- Oceanography (perubahan pantai, corak pergerakan air laut mengelilingi bumi, kemasinan)

Maka apakah pekerjaan yang boleh diceburi oleh Geophysicist ni?

-Pertama sekali yang menjadi kegilaan semua - peluang menceburi sektor minyak dan gas sebagai  pemproses data. (OnG- oil and gas).
- Meteorologist - Asas Fizik atau Matematik perlu kuat.
-Geophysics consultant./ Menyediakan Servis Geofizik untuk kerja-kerja kaji bumi. eg, seismic survey, resisitivity,drilling. (sejenis peluang  perniagaan juga)
-Pensyarah
- Student Master ... Ermp...

CABARAN BAKAL WANITA MASA HADAPAN


Ada satu hari aku duduk kat rumah hari 'weekday', jadi semua orang keluar bekerja dan ke sekolah tinggal aku sorang kat rumah. Aku ingat pagi tu nak buat kerja aku sikit, tapi  akak aku bagi aku kerja rumah. Bukan kerja rumah matematik ke karangan ke apa, tapi minta tolong setelkan baju and barang dia nak masak balik kerja nanti. Dah tu tengok lantai berdebu, geram pulak rasa berhabuk-habuk kat kaki. Aku pun ambil vakum , vakum mana yang patut. Aku tahu kerja tu tak berat, tapi kerja tu macam sangatlah memakan masa bagi aku. Aku memang jenis buat kerja lambat, jadi punyalah culas rasanya dan stress sendiri dibuatnya, sebab kena buat sorang-sorang and lambat nak habis. 


 Aku melihat keadaan ni sebagai cabaran hidup aku di masa hadapan. melihat sendiri keadaan kaum keluarga yang dah berkeluarga, aku geleng kepala memikirkan mampukah aku menempuh dugaan yang mereka harungi. Kuatkah aku?
Pakaian... 
Bermula daripada mengumpul pakaian kotor..
mencuci... menjemur...

Mengangkat jemuran...
Melipat pakaian... mengagihkan pakaian kepada ahli keluarga... Agak-agaknya cukup kah semua ni nak siapkan dalam satu jam? Dan sanggupkah aku menumpukan satu jam tersebut untuk tugasan rutin/repetatif dan tak kompetetif sebegini? Kalau kata jenis balik lewat petang, tak laratnya nak kemas pakaian malam-malam. Jadinya kenalah bangun awal nak siapkan hal baju bajuan. Jika tidak jadi bukit bukau lah baju bajuan tersebut. Itu baru pakaian... 


Boleh kata ibu-ibu mesti tahu keadaan almari setiap ahli keluarga. Itu baru almari, belum cerita katil dan bantal dan sarung-sarung bantal dan sarung-sarung tilam, langsir dan sebagainya. Semua ilmu tersebut berada dalam pengetahuan ibu. Daripada hal bilik tidur ke dapur.... Hal membeli perkakasan dapur, barang basah, barang kering, barangan keperluan ahli keluarga, sabun dan syampu.. Kemudian nak memasak dan .. mengemas...? Siapa yang buat keputusan dan membanting tulang empat kerat jika tidak ibu-ibu?

Dalam era globalisasi dunia tiada sempadan ni pula ramai wanita yang dah mencapai tahap marhaen dan semestinya tak ketinggalan untuk skrol fb, meng-update status... mengikuti perkembangan semasa... usha barang apa nak beli online, pm2 online seller, nego harga.. check seller mana lebih murah... Nak check mana kawasan ada buat sale...  Ingat sekejap ke nak buat semua tugasan tu? Walaupun sibuk dengan dunia di hujung jari, para wanita dan ibu masih perlu menjalankan tugas memantau perkembangan emosi ahli keluarga, Nak 'follow' perkembangan ahli keluarga dan anak-anak... Suruh bangun awal, nak suruh mandi, suruh mandi sabun badan, belum lagi terjerit-jerit suruh anak solat.. suruh anak siapakan keperluan sekolah, siapkan makan minum. Itu kalau anak seorang, kalau anak dua tiga empat atau tujuh orang? Jadi tak payah lah bayangkan scene2 ibu-ibu menuangkan air teh ke dalam cawan ayah sambil ayah membaca surat khabar dan ibu pun bertanya "adik kat sekolah macam mana?.. Belajar Ok?.. Ada kerja rumah tak nak ibu tolong?"


Pengajaran untuk aku? Kena ajar anak bantu sama-sama jalankan tanggungjawab jaga kebersihan rumah dan jaga kebersihan diri. Tak larat lah aku nak jaga semua... 

Monday 16 November 2015

Baiki Motor

Suatu hari ketika aku menunggang motor, motor ku meraung kuat walaupun gear telah bertukar ke 4.

Satu hari ketika aku cuba memotong lori, motor ku gagal mencapai kelajuan 100km/j walaupun di jalan rata.

Suatu hari ketika aku hampir dihimpit dua buah kereta, aku memicit butang hon. Tetapi motor ku tidak bersuara.

Suatu hari ketika aku menukar gear untuk mendaki bukit, meter ku jatuh ke bacaan 0km/j dan motorku gagal bergerak walaupun telah ku pulas handle sehabisnya.

Suatu hari ketika aku memboncengkan kawanku ke stadium, motorku seolah-olah mengesot di atas jalan walaupun meter menunjukkan 80km/j.

Setelah 2 bulan kebingungan , aku membawa motorku ke sebuah bengkel yang sederhana penataan hiasan dalamamnnya.

Maka aku memutuskan untuk tukar sticker no.plate, tukar plug, baiki hon dan tukar clutch.

Abang kedai motor pula memutuskan aku perlu membayar rm 140 termasuk penggantian minyak hitam percuma.

Setelah 3jam lebih berlalu, aku meminta abang motor mengetatkan brek pula.

"nak ketat Ape lagi?...  Dah rapat dah tu..?
"xda.. Brek xmakan..." //pandai2 je aku claim brek tak makan. Brek yang ketat bukanlah brek yang selamat sebenarnya. Bila dalam keadaan brek mengejut , penunggang boleh tercampak.

Abang tu cakap, Clutchmemang akan haus lepas motor banyak jalan jauh...
Hon boleh rosak kerana motor selalu berjemur...
Motor aku ni mengaum sebab clutch dah haus dan bila bawa  rasa berat sebab plug xpernah ditukar.  (Hum, I wonder...) Dan polis boleh saman aku 300 ringgit kalau bawa tanpa lesenv (rate 2015) //Dia tengok muka aku ni muka tak ada lesen ke apa?
Lepas repair, aku pun tunggang motor balik ke rumah seperti pertama kali aku menunggangnya //Fall in love in just like the first time I met you.










Thursday 12 November 2015

Perbandingan Exposure Time & iSO


Aku tak pernah ambil kelas fotografi dan tak tahu selok belok pencahayaan. Tapi semoga bingkisan ni boleh jadi rujukan fotografer2 semua. Selamat ~
Lokasi : Lobi IPPP, IPS. Universiti Malaya.
Jam : 7:08 pm
description
Size: 2.33mb
Width: 3840
Height: 2160
Aperture: f/2
Exposure time: 1/16s
Focal length: 4.66mm
Iso value: 2500
Brand: Sony Z3

description
Size: 2.23mb
Width: 3840
Height: 2160
Aperture: f/2
Exposure time: 1/1s
Focal length: 4.6mm
Iso value: 50
Brand: Sony Z3

description
Size: 1.26mb
Width: 3840
Height: 2160
Aperture: f/2
Exposure time: 1/100s
Focal length: 4.6mm
Iso value: 1250
Brand: Sony Z3
description
Size: 1.81mb
Width: 3840
Height: 2160
Aperture: f/2
Exposure time: 1/2s
Focal length: 4.6mm
Iso value: 80
Brand: Sony Z3



 
description
Size: 2.31mb
Width: 3840
Height: 2160
Aperture: f/2
Exposure time: 1/16s
Focal length: 4.6mm
Iso value: 1600
Brand: Sony Z3



Monday 21 September 2015

Salon Muslimah

Last time tergerak hati nak cuba sebuah salon muslimah ni kat Bangi gateway.
Salon ni terletak di tingkat atas, tetapi menghadap kawasan parking motorsikal (parking moto yang semfit. kecik. kedekut. Ngeh ngeh.. sedap mengutuk)
Tengok pintu gril salon bertutup. Setelah call n pastikan salon beroperasi, aku pun naik. tekan loceng. Seorang gadis berambut lurus buka pintu.
 
Dik gunting rambut berapa?
"kalau gunting rm 25 hingga rm 35"

Kalau nak cuci sekali?
"Cuci rm 50 " - er tak berapa ingat, tapi kalau silap pun still harga dalam range 50 ke rm60.

Dalam hati memang merungut mahal, tapi sebab dah masuk. Alang2 menyeluk perkasam, biar sampai ke pangal lengan kan. So aku pun minta potong hujung rambut sahaja. 
Dia cepit-cepit rambut, sikat, spray sikit-sikit. Leps siap gunting dia blow sikit bagi lurus. 
Dalam hati aku rasa macam hak aku sebagai pelanggan dinafikan sebab dia tak minta izin pun nak blow rambut aku, aku datang nak gunting je. 
Bukannya apa, sebab biasa kalau pergi kedai gunting, diorang gunting je, kadang spray pun tidak. Tapi sebenarnya aku patutnya bersyukur sebab ada xtra servis. Lulz.


kesimpulannya, aku rasa tak berbaloi datang gunting sahaja. tahu berapa aku kena cas sebab gunting hujung rambut sahaja? >> RM 35. -_-
memang harga tak mesra student, tapi aku tak la rasa cam 'fire damnation' ke apa, sebab actually in the end aku rasa puas hati. Hasil gunting adik tu aku pujilah. Samada rambut aku yang makin cantik atau memang adik tu yang pandai gunting. Layer yang dia buat rapi dan halus. Jadi kalau aku datang lagi lainkali, aku akan makesure aku bayar untuk servis lain sebab aku rasa gunting sahaja mahal. kalau gunting cuci or treatment lagi berbaloi. Sekian.


Monday 7 September 2015

Laporan destinasi di Jepun... Hai'!!

Nama program : Jenensys 2.0  (Batch 11)> Japan-East Asia Network of Exchange for Students and Youths
Tema : Science and Technology
Tarikh : 20 Mei - 27 Mei 2014
Kumpulan G
Destinasi : Miyagi
Ringgit dibelanjakan : +/- RM500 (bajet cenderamata dan air kotak sahaja, yang lain ditanggung kerajaan Jepun)

Naik kenderaan ayah angkat menuju ke rumah angkat di Miyagi. Luasnya kereta dia, boleh buat bilik sewa...

20 Mei
- lawat Imperial Palace (Cuacana redup dingin,langit putih. mentari terik-terik manja. nilah masanya masing-masing bergambar tayang background Jepun.)
- Makan di restoran India (Terkesima, restoran India in Jepun? The taste not as good as mamak )

21 Mei
-Lawat Shibaura Water Reclamation Center (nampak kesungguhan orang Jepun memelihara kebersihan air mereka)
- Tinggalkan Tokyo ke Sendai naik Shinkansen /Keretapi peluru/Bulllet Train (Excited, train laju, tiket ditanggung. )

22 Mei
-Lawat bangunan kerajaan Miyagi (Kagum, jepun tak patah semangat dek gempa bumi dan kebocoran nuklear. gambar menunjukkan bertapa pantas Jepun bangkit dari petaka kemusnahan gempa. Disusuli sususan dalam perancangan bandarnya)
-Lawat Fakulti Life Design, Institut Teknologi Tohoku (Tersentuh, pelajar Jepun yang pandai ambil hati.)

23 Mei
-Lawat kilang YKK AP, Tohoku (Terbaik, penglibatan industri dalam menyepadukan perniagaan dan kepentingan alam sekitar. Kilang ni sedikan sebuah tanah yang sangat luas hanya untuk dibiarkan hijau dek rumput, pokok dan kolam ikan)
-Lawat Chida Clean Corp, perusahaan tenaga kitar semula. (Menarik. mengolah tanah yang tercemar dek radiasi menjadi tanah pertanian, dan hasil pertaniannya sebagai bahan bakar. kreatif! sebab hasil tanaman dari tanah tersebut tak boleh dimakan manusia atau haiwan.)

24 Mei
-Bermalam dengan keluarga angkat/ host family (Seronok.. Sob2.. nak habiskan usia tua dekat sini. Ada kolam air panas semula jadi, ada bukit, ada salji, boleh main si. Kehidupan yang tenang, tak banyak kenderaan. )

25 Mei
-Bye2 Kukuchi San (Sedih, bila nak jumpa lagi?)
-Lukis Naruko/ Patung kayu (Bertuah, tak perlu beli. lukis sendiri. )

26 Mei
- Present (otak meliar fikir souvenir cukup ke tak)

27 Mei
- Bye2 Narita Airport, Bye2 Jepun. (Berat hati, berat yang luar biasa sebab kamera tercicir)



Buka mata, budaya dan masyarakat Jepun... Love it~


Saturday 22 August 2015

Pulau

Malam setelah ribut. Pagi, bunyi burung-burung di tepian laut mengejutkan mata Najiba. Matanya terbuka kecil dan dia duduk menghadap lautan. Keadaan kelihatan seperti biasa kecuali pada buah-buah kelapa dan dedaunannya yang bersepahan. Tepian pantai dipenuhi oleh sarap bawaan ombak. Bingkas Najiba bangun ingin meninjau barang-barang tersebut. Tetapi kakinya sakit, kepalanya sakit, badannya sakit. Lantas Najiba teringat peristiwa yang menimpanya malam tadi.

Takwa Under Tempurung

McD balik ziarah
Boikot dah tamat
LUMIA jadi idaman
Maggi cup bersiram darah
Nescafe. Nestle tak lagi dipulaukan.
Apakah ini benar, boikot dah dibubarkan
Nokia harga bundar
Kamera cantik snap sepanjang jalan

Fly high living harmony
Tanah sawah sebendang habis digadai
Demi mengenggam cash di alam realiti
Yang kita tidak nampak
Daerah hati kembali dijajah
Tinggal maruah pada helai pakaian
Sirah tasawuf cuma kertas ujian

Alim-alim berpesan
Ingat-ingatlah tuhan
Kitab kalam menekan
Ingat-ingat kuburan
Lupakah kau mana kafir mana saudara iman
Jangan tunggu datang awan
bawa turun balasan.



Sunday 5 April 2015

Pulau

Skrip pulau 
NAJIBA MERENUNG LAUT, NASIR TELAH PERGI
Najiba (monolog)
Duhai hati,  tenangkanlah diri ini. Mengapa aku merasa seolah-olah ada sesuatu yang mencair di dalam hati.

Najiba hanya terbaring menghadap lautan. setiap kali sedar dari tidur, dia akan mula berhalusinasi, kelibat Nasir berdiri di dalam air sambil memegang buluh runcing sering dilihatnya. Matanya hanya terkebil layu menghadam tipu daya matanya. Pepasir yang bertiup ke dalam mata tak mampu dihalangnya. Dia terlalu lemah untuk memikirkan kemana teman-temannya, apatah lagi untuk menggerakkan tubuhnya. Najiba tidak tahu yang rakan-rakannya juga telah rebah di sampingnya, yang Najiba tahu setiap kali dia lena boleh menjadi tidur penghabisan buatnya. Matanya terasa berat, Najiba merelakan matanya terpejam sambil sempat mengucapkan kalimah syahadah. 

Najiba (monolog)
kelaparan, memberitahuku yang aku masih bernyawa.
 Wahai tuhan, aku hanya ingin kembali merasakan kekuatan berjalan di atas lututku ini. Aku rindukan kegagahan berlari di atas tanahmu.
Sudah lama aku tidak merasakan kelaparan, adakah aku sudah mati?

Saturday 4 April 2015

Shortfilm - Tuhan Banjir


Tuhan Banjir
Hari yang indah, matahari bersinar lembut ke daerah lembah yang subur di selatan Kota Yarmuk. Ramai anak-anak gadis dan pemuda-pemuda menghabiskan masa bersantai di pinggir lembah itu. Walaupun kawasan tersebut hanyalah sebuah dataran tanah tinggi yang jauh di pedalaman tetapi mereka gemar bersidai dan berjemur di situ pada hujung minggu.
Cuaca di situ dingin kerana tiupan angin laut dari timur mendaki kaki-kaki pergunungan gunung-gunung di Yarmuk dan mengembara hingga ke dataran tanah tinggi itu. Tempat itu masih belum bernama walaupun telah puluhan tahun disinggahi manusia, tetapi anak-anak muda sering menyebutnya sebagai 'menara doran kerana di tanah lapang itu terletak sebuah bangunan asing yang tidak berdinding dan bertingkat-tingkat tingginya betul-betul di balik dinding gua batu yang tinggi di situ. 
Visce dan Morin turut ingin bersantai menikmati cuaca yang indah di situ. Mereka seperti gadis-gadis lain yang seusia 20-an yang mengerumuni kawasan rekreasi di situ. Tempat tersebut hanya ramai disinggahi anak-anak muda. Ketika mereka mendongak ke atas menara tersebut..
"What?..."
Morin turut mendongak " Kenapa Visce?"
"Ada orang tua kat atas tu?"
MOrin mencari kelibat yang dimaksudkan, dan ianya tidak sukar. Mudah shaja sepasang tubuh boroi yang tidak berbaju untuk dikesan. Kelihatan disebelah lelaki boroi tersebut seorang perempuan yang sama ganyut hanya memakai set bikini seperti mereka berdua.
"Apa yang diorang buat kat sini? Nak berjemur jugak? Dah tu panjat tinggi-tinggi pulak tu.."
"Diorang pun nak dating jugak Visce..." Morin mengerling ke kanan dan kirinya dan kemudian terpandang sesuatu.
"Eh Visce tu Jackson kan, dengan kawan dia.. Siapa nama budak skema tu?"
"Oh, Jack dan..." Mereka berdua bertungkus lumus cuba mengingati nama jejaka kerempeng di sebelah Jack. Dari jauh mereka kelihatan seperti sosej dan stik aiskrim sedang berjalan beriringan.
"Hai Lisa hai Morin!" Visce mencebik ke arah Jackson dan Morin tersenyum sambil melambaikan tangannya.
"Hai Spark hai Lupe.." Morin menyapa lelaki kerempeng itu dengan nama semborono.
"Siapa Lupe? Ni kawan aku, Mike. " Ujar Jackson pada si kerempeng di sebelahnya.
"Oh Mike, Mike saya Visce bukannya Lisa, dan ini Morin."
"Hai mike, saya Morin bukannya Lisa" Morin menyapa mike tanpa mengendahkan Jackson.
Jackson tersengih kerana tersilap menyebut nama Visce.
"Marah ke Visce, biar aku panggil kau Lisa jelah. Aku suka panggil kau nama tu, macam sesuai."
"Pleaslah.." Jawab Visce sambil melibas tapak tangannya dan bergemerincing loceng di gelang tangannya. 
"Naik atas nak x? Jom naik atas..
Tiba-tiba kedengaran bunyi air bergemuruh dari arah yang tidak dapat dikesan. Bumi di telapak kaki mereka seolah-olah bergoncang, pandangan mereka terbuai dan dari arah pinggir bukit kelihatan limpahan air yang keruh menyerbu ke lutut mereka. Orang-orang ramai lari bertempik, kenderaan menjual aiskrim berguling-guling di sapu luruan air. Bunyi jerit dan pekik tambah membuntukan akal mereka berempat. Morin memandang kiri dan kanannya tanpa hala, terlihat akannya Visce sedang mendaki tangga menara doran. Morin ikut dibelakang Visce dan sempat berpaling ke bawah,
"Jack naik!" Morin memandang kepada dua anak muda yang masih terpinga-pinga, namun hanya nama jack yang dapat diseru, lupa pada nama si kerempeng. Jack dan Mike menurut, ketika mereka berpaling kebelakang, air telah menutupi anak-anak tangga. Mereka berlari tanpa henti, melintasi sepasang tua yang bersidai di menara itu. Visce dan Morin melihat dihadapan matanya kedua orang tua itu dijatuhkan oleh simbahan ombak dari sisi menara. 
"Oh tuhanku!" terlepas perlahan perkataan itu dari mulutnya. Sungguh dia tidak menyangka semudah ini semuanya terjadi. Mereka masih belom berhenti mendaki tangga doran, sedang air sedang berlumba-lumba membasahi betis mereka. 
"Bila air ni nak berhenti?!" Jerit Jackson. Morin turut memikirkan perkara sama, pehanya telah berjaya dicicah deruan air asing ini. Hatinya makin gemuruh, mereka sudah berada tinggi di atas menara Doran, namun air keruh masih memburu buku lalinya. Morin memandang kepada hamparan dunia di selilingnya pada ketinggian yang telah melelahkan.
Matanya terpukau, bertapa daratan telah diliputi air keseluruhannya, kemana dia akan pergi? Dia akan mati di sini, ditimbus dan dilemaskan air yang gelap coklat berkeladak. Morin benar takut, merasakan kematian telah begitu hampir dengannya.
Dia terhenti di lantai rata antara tangga bawah dan tangga atas. Morin berdiri dengan tangannya erat menggenggam besi pengadang di paras pinggangnya, sambil memandang lautan di bawahnya. Morin menangis, tertunduk dan berucap menghadap lautan 
"Tuhanku, surutkanlah air ini. Aku akan menyembahmu..."
Morin tidak pasti dengan perilakunya, dia hanya pasti yang air ini akan menenggelamkannya. Tapi dia tidak akan mati kerana air ini, Morin percaya dia akan diselamatkan, tetapi tidak pasti siapa penyelamatnya. Tetapi Morin yakin, air ini tidak akan membunuhnya, Morin hanya berdiri menanti untuk diselamatkan. Tiba-tiba lengannya direntap
"Kau buat apa ni Morin, lari!" Visce berpatah turun apabila menyedari Morin berhenti berlari. Morin enggan bergerak walau Visce merentapnya, dia hanya tertunduk menangis menghadap lautan baharu. Kedua teman lelakinya telah hilang dihambat air. 
Suasana senyap seketika, mereka terdiam, memerhatikan air mulai tenang. Kian lama air tersebut surut meninggalkan lopak di tangga menara. Morin dan Visce kagum, mereka bisu seribu bahasa. Mereka menuruni anak tangga kembali, perlahan dan kehairanan. Tanah di bawah berlopak dan becak. Kelihatan penjual aiskrim membersihkan pakaiannya disisi kenderaan aiskrimnya yang telah terbalik. Kelihatan juga Mike dan Jackson sedang berjalan meninjau-ninjau sekeliling mereka. 
"Morin itu Jack dan Mike!, mari dapatkan mereka" morin hanya senyap, dan perlahan-lahan menggeleng.
"Jom Morin, mereka pasti suka melihat kita!"
Morin hanya menggeleng
"kenapa Morin...?"
"Visce, aku sudah menjadi Islam.."
"Morin? Apa kau cakap kan ni?"
"Ketika aku merenung lautan tadi, aku telah bersumpah.."
"Morin..."
"Aku sudah berikrar, aku akan menyembah tuhan"
Morin berlalu tanpa mengendahkan Visce dan mencari-cari sesuatu untuk menutup tubuhnya. Sehelai kain tersangkut di kerusi taman diambilnya, kain dipenuhi lumpur itu dibalutkan ke tubuh gebunya.Visce hanya berdiri memandang sahabatnya yang dihadapannya dan rakan-rakan lelakinya yang di belakangnya. Kedua-duanya kelihatan kebingungan.
"Morin sudah gila...?" Visce separuh berbisik dan dia menangis melihat Morin tiba-tiba sahaja berjalan maninggalkannya. "Apa telah terjadi padamu Morin?" 
Visce menoleh kembali pada rakan-rakan lelakinya. Keduanya masih berjalan kebingungan di celahan orang ramai, mungkin mencari jejaknya dan Morin. Jack yang selama ini dipandang sasa dan gagah sedikitpun tidak menggunakan kegagahannya ketika peristiwa sebentar tadi. Otot-ototnya tidak berguna kecuali untuknya melarikan diri sendiri. 
Terdetik dalam hati kecil Visce "Mereka sedikit pun tidak dapat melindungi aku.."  Visce menghadam hakikat itu, mereka lemah dan tidak berkuasa apa-apa. Tidak dapat melawan air bah tadi. Air matanya bercucuran mengharap dirinya akan menjadi gila seperti Morin. Selepas ini Morin tidak akan lagi lepak membuang masa bersamanya kerana Morin telah menemui tuhannya- Tuhan banjir .

Wednesday 18 March 2015

IPhone vs Z3

Fon baru.. Yeah finally..setelah 5 bulan bkerja btungkus lumus mengumpul duit. Rasa macam kurang bijak, sebab kerja bagai nak rak hari-hari. Tp dlam msa sehari je duit dah dihabiskan beli Fon.
Mulanya Rasa macam nak trade in balik. sebab kamera dy mngecewakan aku. Tapi buat pe nak menyusahkan diri pikirkan bnda yg x ada. Ye tak?
So aku putuskan untuk terus pakai Sony ni.  Aku cuba jugak untuk suka.

Pun xsampai hati aku nak pkai iPhone. supaya anak-anak kecil di sekeliling aku belajar bahawa iPhone adalah mahal dan bukan mudah untuk dimiliki dan walaupun ia mahal. Xsemestinya ia mesti dimiliki.

Aku nak review Setelah hampir 6 bulan penggunaan, (Amaran. ulasan ni tak mengandungi informasi teknikal pun)

1. Mengecas adalah mudah. Masa mula2 guna, hanya perlu sekitar 45minit untuk dapat kembali bateri penuh. Tapi tu dulu sebelum handset aku dipenuhi gambar-gambar dan video dan berbagai jenis dokumen. Sekarang, mengecas perlukan lebih dari sejam.

2. Thumbs up untuk ketahanan bateri . Awal-awal penggunaan dulu, handset boleh tahan 2 hari tanpa cas. Sekarang, untuk penggunaan separa agresif > turn on location, navigate jalan, tengok 7 video di youTube, pasang radio 5 jam, 12 minit fon call, wasup dan mesej, google sampai berbelas-belas tab , tak include main game> menyebabkan satu hari kena cas hampir 2 kali. Still memuaskan.

2. Long range for speaker volume. Ada 15 kali tekan untuk button volume. Dari kosong sampai full volume. Tapi bunyinya macam tak cukup kuat walaupun dah full volume. Kuat lagi suara Asus Zen akak aku. Ada masa suara dia hilang walaupun fail musik sedang dimainkan. Lepas restart baru OK. Bila air masuk dalam speaker, bunyi yang terhasil adalah bunyi rosak. Takut - so dah tak bawa main air.

3. Skrin respon memang pantas, Mata tak sempat berkelip untuk tengok slide tu bertukar waktu kita alih paparan.Pernah button send kat wassup gagal berfungsi. Bertungkus lumus aku picit butang anak panah tu untuk send wassup. Mungkin akibat hentakan sebelum ni. Handset ni dah 2 kali jatuh. terhentak kuat atas jalan berturap. Bucu dia pecah sikit dan retak pada bahagian bawah. Mujur orang kedai cakap yang retak tu tempered glass je. Syukur... kalau tak menangis mak! 

4. Kamera -Imej dia aga fake, tetiba jadi cantik flawless bila selfie. Ton warna juga tak ori. Cahaya oren bertukar jadi merah. Merah jadi merah jambu.Dalam keadaan gelap, bayangan hijau kerap muncul. Kamera hadapan kurang resolusi, jadi mudah kabur akibat gegaran. Tapi kamera belakang 20.7MP. Gambar yang terhasil dalam keadaan kurang cahaya memang terang. Juga tolerate dengan gegaran, video lebih stabil daripada rakaman fon kelas ekonomi. Gambar2 yang terhasil macam dapat sentuhan ajaib sebab semua benda tend to look so lustrous. 

5. Storage - I cant get enough with 12GB. Jadi aku tambah SD kad 15GB. Sama juga, full! ~ Normal for pic gaudy-er. Lepas aku buang 3 buah movie dan beberapa koleksi video, aku rasa bateri fon lebih cepat full bila di cas.

6. Paparan - tak payah cerita. memang cantik dan clear. Buat kita crave untuk menatapnya setiap masa. Tapi beringatlah ~ Hidup ini bukan terkurung di dalam paparan kaca. Pls do not hesitate to look around my dear.

7. Processor 3 RAM. - Aku boleh buat short movie dlam fon ni dengan lancar, boleh guna wasup dan google dalam masa yang sama tanpa sebarang moment 'hang'. Pic image, cut video, compile musik latar. Senyum lebar~

8. Feature - 
Tap to wake screen. Tak payah raba butang untuk on screen. Double tap dan skrin akan bercahaya. 
Smart Connect - cucuk earphone dan musik akan dimainkan secara auto. (Setting option). 
Stamina Mood - Sangat Useful! dalam keadaan tersadai keseorangan, bateri lemah dan tiada sumber kuasa. Turn on je Ultra Stamina Mode dan pastikan kredit ada sebab dlam mood Ultra stamina mood, mobile data automatik dinyah-aktifkan. wassup pun x boleh guna. 
Lifelog - rekod aktiviti kita bersama handset. tapi so far aku tak tahu macam mana nak bagi dia track sleep. Mungkin kena connect dengan sony smartband atau smartwatch. Gembira dapat tengok ratusan langkah yang aku ambil, dan jumlah kalori yang dibakar (walaupun tak percaya ketepatannya) instead of rasa annoy tengok berapa lama aku spend untuk online.

Yang xbest - android sarat built in apps yang aku tak tahu bila nak manfaatkan. Maka aku disable je. Lagi satu, kedudukan speaker - terletak di muka hadapan. bahagian atas dan bawah. kena sandarkan pada sesuatu untuk pastikan pembesar suara mengahadap kita.
Handset cepat panas? ~ Tak boleh elak, solusinya jangan guna lama-lama.

Kesimpulannya, puas hati spend 2K untuk fon ni. > Liabiliti paling mahal dalam hidup aku < -- bertapa miskinnya aku sebenarnya. Walaupun harga tak exceed iphone 6 .
Aku suka bawa waktu siang ikan, buka radio, tukar2 channel dengan tangan berdarah ikan, kemudian basuh di sinki. Au bukan pengotor, tapi aku percaya pada dia.
Aku prepare fon ni untuk bawak pergi site, bergelumang dengan debu dan kebasahan. Skrin responsif, bateri layan. Saiz yang memadai untuk tapak tangan aku. (tangan kecil mungkin kurang sesuai, tapi ada option keyboard for one hand.). Slim, senang selit, even dalam helmet. Specs lain, korang baca la kat blog orang lain. Ni je aku pandai cakap. Terima kasih~

Sunday 4 January 2015

Salesman dan kalendar Indie

Tak sedar tahun baru dah masuk, baharulah rasa macam masa berjalan pada kelajuan cahaya. Dan sepantas itu masa muda aku akan habis....

Dikisahkan suatu hari aku menanti pesanan di kedai mamak. Muncul pulak sales man kat kedai tu bawak buku dan CD. Dalam hati, camne aku nak mengelak sales man ni? Akhirnya dia datang kat meja aku dan bagi salam. Aku pun jawab salam.. "wa'alaikumussalam. Takpe2, tak nak" Tapi jawapan aku awal2 dah tenggelam dek percakapan dia. Mulut dia lagi laju nampaknya." . Seterusnya aku tak dengar apa dy cakap sebab tak berminat. mata aku cuma ralit memandang pada rambutnya yang kemas, muka tak berminyak, kemeja pun kemas tak renyuk atau basah dek peluh. Dalam hati pikir, mungkin dia student, mungkin dia tak naik motor atau berjalan kaki, mungkin dia naik kereta. Telinga aku tak peka langsung apa dia cakap, dia cakap laju sangat. Tapi bila dia buka buku kat tangan dia, nak tunjuk isi. Hati aku macam melonjak-lonjak suka, nilah yang aku cari-cari! - sebuah buku kalendar tahun baru. atau kata nama khasnya - Perancangan Eksekutif 2015.

Tanpa menunggu salesman tu habis cakap, aku terus tanya harga. Dan buku tu punjadi hak milik aku. Aku namakan buku perancang ni as kalendar indie, sebab buku ni dijual oleh seorang salesman yang ditemui di kedai mamak. Tuah salesman tulah jual barang yang memang aku cari.
Cover dy kelihatan macam kitab agama .. Tapi tidak..

Memang full of benefit buku ni, dari dalam sampai kulit belakang. Back cover pun ada kata-kata nasihat.

Ada mutiara kata/trivia & peristiwa penting bulan islam/tarikh penting cuti & kolum blank kecil untuk nota.

Buat reminder kat phone boleh jadi satu session yang menjengkelkan. Aku lagi selesa bermain dengan kertas dan pensel. & this one, dijamin takkan hilang track. At the end boleh selak balik kehidupan aku selama setahun ni.

Aku mula belajar pakai kalendar macam ni masa 3rd year & aku rasa ia sangat membantu. BFday membe bole bubuh/ event/ plan/ homework/barang nak beli. Macam one stop center.

Siap ada kolum rencana,
So azam aku tahun ni, aku nak be better with planning. - 'To Do List' lady. Motif cerita pasal ni?
Kalau seorang yang sentimental, pelupa dan suka menulis Go for it, executive planner is build for you.



Saturday 3 January 2015

Saya Planner Assistant

My 'Planning' Family

Bristol at 33 celebration - sesi melepaskan belon beramai-ramai. Syahdu..
Dua bulan genap dah aku kerja sebagai Assistant Planner di Bristol ni. Dan rasa tanggungjawab dah menebal dalam hati. Kerja aku kat sini taklah susah, since stress is perkara biasa dalam mana-mana pekerjaan pun. Selagi ada chance untuk OT, no big deal. Dalam Ofis ni ada beberapa division. Kalau apply kerja, mungkin kena pilih antara 4 ni.

1) Schedule incharge
3) BOM - Bill of material
4) Material Calculation
5) Label

In general, tugas planning dalam kilang ni : ALERT DELIVERY DATE. Ekstrak material daripada projek yang masuk, berapa jumlah raw material nak order, pantau tarikh masuk, jumlah material masuk, deal dengan penghantaran yang lambat/reject/tak cukup, minta drawing daripada engineering. Relate close dengan sale dan tolong sales person commit date dengan pelanggan.
Skil : Great attention to detail, personal effort.

part aku dalam Planning ni lebih kepada kesetiausahaan (Schedule Incharge)
Tugas : Pilih tarikh untuk barang tempahan siap, ikut perkembangan dan alert dengan masalah yang boleh melewatkan tarikh siap sesuatu barang, follow up, follow up, jawab soalan orang sale, jawab soalan produksyen dan tolong bos planning 'jaga kedai'. X. Eg- 2 minggu dah berlalu tapi drawing xdapat lagi. Akibatnya 2 minggu dah berlalu tapi barang belum mula dihasilkan lagi. nanti lewat keluar, customer bising, sales person lagilah bising sebab kena bising dengan customer. Try to notice apa-apa problem yang boleh mendelay-kan.
1st class skills : Feedback & monitoring.
Trivial skills :  Multitasking, good memory will be highly valuable.

BOM (Bill Of Material)
Tugas : Ekstrak jumlah dan kelaskan barang-barang untuk memudahkan material di order dari luar dan memudahkan produksyen buat barang. eg - order masuk 2 biji meja. Setelah drawing diterima dan diteliti. Maka ada 2 top dan 8 batang kaki. Dua jenis BOM akan keluar, satu untuk department kayu-kayu refer. Satu lagi untuk department besi-besi refer. Jadi department kayu-kayu akan hasilkan 2 buah meja dan department besi-besi hasilkan 8 batang kaki. Akan banyak berhubung dengan 3d drawer dan sales person demi memahami barang yang pelanggan pesan.
1st class skills : Teliti, pandai baca 3D.
Trivial skills : Prioritizing (certain projek lebih urgent dari projek yang dah lama masuk)

Material calculation.
Tugas : refer BOM untuk bandingkan keperluan produksyen dengan ketersediaann stok. Akan banyak bekerjasama dengan BOM maker, orang stor dan purchasing dan kadang kala direct berhubung dengan supplier. eg - BOM mention top yang dh lama tak keluar. Stor tak ada stock, jadi suruh purchasing beli dan chase supplier sebab nak keluar cepat.
1st class skills : Numerical dan follow up.
Trivial skills : Pengalaman so you know your material > variety of item in hand.

Label
Tugas : Sediakan list untuk bahagian pembungkusasan. Tak semudah bunyinya, sebab kena melayan kehendak pembungkusasan yang tertentu. Demand datang dari jenis produk, protokol produksyen dan kehendak sales. Ada barang nak pack asing, ada barang nak pasang lengkap baru packing. eg. BOM keluar kecuali BOM untuk sepasang kaki meja yang spesel. BOM tergantung sebab tunggu spesel drawing, jadi belum tahu jenis skru yang nak dipakai. Maka packing list juga belum boleh keluar. Sementara itu produksyen siapkan barang kecuali kaki meja yang spesel tu mengikut BOM. Bila barag lain siap, barang-barang tu terbengkalai sebab masih tunggu packing list. Mudah kata, bahagian labeling ni adalah aliran terakhir dalam planning dan dia perlu jelas dengan ragam-ragam bahagian yang lain.
1st class skills : Berfikiran jernih. tak boleh biarkan diri konfius. 
Trivial skills : Boleh send email dan guna microsoft excel.

The Superior fear yang aku rasa selalu adalah - takut dah commit tarikh bila barang boleh siap, tapi lastly barang tak siap-siap. Tapi basicallykita janji tarikh siap ikut kemampuan produksyen untuk buat barang. Kalau barang perlukan seminggu untuk siap, janganlah gatal2 bagitahu orang sale yangs barang boleh siap 2 hari.Selagi kita x buat keputusan suka hati, should be OK.Itu menurut posisi aku sebagai Assistant Planner.

Aku nampak Planning ni kira cam tugas yang agak penting tanpa terlalu menitikberatkan kelulusan yang tinggi/spesifik. Sebab skil yang diperlukan ialah logik, ketelitian dan inisiatif. Better kalau kenal material yang berkait produk yang industri tu hasilkan. Contoh kilang perabot pejabat, kenalah kenal kayu dan besi.