Clouds

Saturday 3 January 2015

Saya Planner Assistant

My 'Planning' Family

Bristol at 33 celebration - sesi melepaskan belon beramai-ramai. Syahdu..
Dua bulan genap dah aku kerja sebagai Assistant Planner di Bristol ni. Dan rasa tanggungjawab dah menebal dalam hati. Kerja aku kat sini taklah susah, since stress is perkara biasa dalam mana-mana pekerjaan pun. Selagi ada chance untuk OT, no big deal. Dalam Ofis ni ada beberapa division. Kalau apply kerja, mungkin kena pilih antara 4 ni.

1) Schedule incharge
3) BOM - Bill of material
4) Material Calculation
5) Label

In general, tugas planning dalam kilang ni : ALERT DELIVERY DATE. Ekstrak material daripada projek yang masuk, berapa jumlah raw material nak order, pantau tarikh masuk, jumlah material masuk, deal dengan penghantaran yang lambat/reject/tak cukup, minta drawing daripada engineering. Relate close dengan sale dan tolong sales person commit date dengan pelanggan.
Skil : Great attention to detail, personal effort.

part aku dalam Planning ni lebih kepada kesetiausahaan (Schedule Incharge)
Tugas : Pilih tarikh untuk barang tempahan siap, ikut perkembangan dan alert dengan masalah yang boleh melewatkan tarikh siap sesuatu barang, follow up, follow up, jawab soalan orang sale, jawab soalan produksyen dan tolong bos planning 'jaga kedai'. X. Eg- 2 minggu dah berlalu tapi drawing xdapat lagi. Akibatnya 2 minggu dah berlalu tapi barang belum mula dihasilkan lagi. nanti lewat keluar, customer bising, sales person lagilah bising sebab kena bising dengan customer. Try to notice apa-apa problem yang boleh mendelay-kan.
1st class skills : Feedback & monitoring.
Trivial skills :  Multitasking, good memory will be highly valuable.

BOM (Bill Of Material)
Tugas : Ekstrak jumlah dan kelaskan barang-barang untuk memudahkan material di order dari luar dan memudahkan produksyen buat barang. eg - order masuk 2 biji meja. Setelah drawing diterima dan diteliti. Maka ada 2 top dan 8 batang kaki. Dua jenis BOM akan keluar, satu untuk department kayu-kayu refer. Satu lagi untuk department besi-besi refer. Jadi department kayu-kayu akan hasilkan 2 buah meja dan department besi-besi hasilkan 8 batang kaki. Akan banyak berhubung dengan 3d drawer dan sales person demi memahami barang yang pelanggan pesan.
1st class skills : Teliti, pandai baca 3D.
Trivial skills : Prioritizing (certain projek lebih urgent dari projek yang dah lama masuk)

Material calculation.
Tugas : refer BOM untuk bandingkan keperluan produksyen dengan ketersediaann stok. Akan banyak bekerjasama dengan BOM maker, orang stor dan purchasing dan kadang kala direct berhubung dengan supplier. eg - BOM mention top yang dh lama tak keluar. Stor tak ada stock, jadi suruh purchasing beli dan chase supplier sebab nak keluar cepat.
1st class skills : Numerical dan follow up.
Trivial skills : Pengalaman so you know your material > variety of item in hand.

Label
Tugas : Sediakan list untuk bahagian pembungkusasan. Tak semudah bunyinya, sebab kena melayan kehendak pembungkusasan yang tertentu. Demand datang dari jenis produk, protokol produksyen dan kehendak sales. Ada barang nak pack asing, ada barang nak pasang lengkap baru packing. eg. BOM keluar kecuali BOM untuk sepasang kaki meja yang spesel. BOM tergantung sebab tunggu spesel drawing, jadi belum tahu jenis skru yang nak dipakai. Maka packing list juga belum boleh keluar. Sementara itu produksyen siapkan barang kecuali kaki meja yang spesel tu mengikut BOM. Bila barag lain siap, barang-barang tu terbengkalai sebab masih tunggu packing list. Mudah kata, bahagian labeling ni adalah aliran terakhir dalam planning dan dia perlu jelas dengan ragam-ragam bahagian yang lain.
1st class skills : Berfikiran jernih. tak boleh biarkan diri konfius. 
Trivial skills : Boleh send email dan guna microsoft excel.

The Superior fear yang aku rasa selalu adalah - takut dah commit tarikh bila barang boleh siap, tapi lastly barang tak siap-siap. Tapi basicallykita janji tarikh siap ikut kemampuan produksyen untuk buat barang. Kalau barang perlukan seminggu untuk siap, janganlah gatal2 bagitahu orang sale yangs barang boleh siap 2 hari.Selagi kita x buat keputusan suka hati, should be OK.Itu menurut posisi aku sebagai Assistant Planner.

Aku nampak Planning ni kira cam tugas yang agak penting tanpa terlalu menitikberatkan kelulusan yang tinggi/spesifik. Sebab skil yang diperlukan ialah logik, ketelitian dan inisiatif. Better kalau kenal material yang berkait produk yang industri tu hasilkan. Contoh kilang perabot pejabat, kenalah kenal kayu dan besi.

teringin nak cuba kerjaya sebagai planner? .. nak apply? boleh pm ,jalan rezeki boleh diusahakan.
sitisaleha2898@yahoo.com. Saya tolong forward CV je.

3 comments:

  1. Biase range gaji assistant planner ni berapa?

    ReplyDelete
  2. Bidang apa yang boleh apply jawatan planner ni selalunya? Macam saya diploma
    town planning

    ReplyDelete