Clouds

Saturday 22 August 2015

Pulau

Malam setelah ribut. Pagi, bunyi burung-burung di tepian laut mengejutkan mata Najiba. Matanya terbuka kecil dan dia duduk menghadap lautan. Keadaan kelihatan seperti biasa kecuali pada buah-buah kelapa dan dedaunannya yang bersepahan. Tepian pantai dipenuhi oleh sarap bawaan ombak. Bingkas Najiba bangun ingin meninjau barang-barang tersebut. Tetapi kakinya sakit, kepalanya sakit, badannya sakit. Lantas Najiba teringat peristiwa yang menimpanya malam tadi.

Takwa Under Tempurung

McD balik ziarah
Boikot dah tamat
LUMIA jadi idaman
Maggi cup bersiram darah
Nescafe. Nestle tak lagi dipulaukan.
Apakah ini benar, boikot dah dibubarkan
Nokia harga bundar
Kamera cantik snap sepanjang jalan

Fly high living harmony
Tanah sawah sebendang habis digadai
Demi mengenggam cash di alam realiti
Yang kita tidak nampak
Daerah hati kembali dijajah
Tinggal maruah pada helai pakaian
Sirah tasawuf cuma kertas ujian

Alim-alim berpesan
Ingat-ingatlah tuhan
Kitab kalam menekan
Ingat-ingat kuburan
Lupakah kau mana kafir mana saudara iman
Jangan tunggu datang awan
bawa turun balasan.