Clouds

Sunday, 22 November 2015

Syurga ulat2 buku

Aku bukanlah ulat-ulat buku, tapi aku merasa bahagia di sini. Rasa macam xnak keluar dari tenpat ni. Aku berdoa semoga tuhan kurniakan aku 48 jam sehari. Supaya aku boleh habiskan seharian di sini. Dan seharian lagi untuk aku jalani hari-hari normal aku.

Kadang aku terfikir, dunia ni sementara. Tapi mengapa begitu banyak nikmatnya. Adakah kewujudan kedai buku inipun menjadi ujian buatku.. Bukankah ini gedung ilmu? Adakah gedung-gedung ilmu juga dugaan dan godaan bagi seorang manusia yang cuba mengayakan jiwa dan akalnya. Pffft.... Bebel je.


 aku rasa tergelak tengok satu buku ni. Tajuk dia "tulis tesis cepat". Bila kau belek buku ni, tebalnya... Kau tak tahu kau nak siapkan tesis cepat-cepat atau habiskan baca buku ni dulu cepat-cepat.

Tapi aku rasa buku ni kandungannya jenis ringan juga, jadi mungkin orang-orang yang jenis baca laju boleh lah habiskan dulu baca buku ni sebelum tulis tesis. 

No comments:

Post a Comment