Clouds

Monday 14 December 2015

Artis & Illuminati

Masa sekolah menengah dulu, lagu paling aku suka dengar 'Just Dance', lirik dy xmembabitkan langsung hidup aku, tapi muzik dy hidup sangat. Masuk dan sangat fit dalam kepala otak dan tubuh badan. Penyanyinya pun meletup dengan sangat pantas. Tapi lepas tu stop sekejap, sebab.. keluar isu dia puja setan. Sebab akal masih waras lagi masa tu, aku pun stop dengar walaupun sangat suka dengan lagu dia. Masa tu takut pikir kalau nyanyi2, nanti terikut sama puja syaitan. Bukan main2 wo..Tapi walau hangat camne pun rumor pasal illuminati bagai ni, si Gaga tu semakin juga hangatnya. Dan  bertambah ramai pulak artis yang makin mengikut ikut stail dia,kononya Bieber, Rihanna, n Selena Gomez.

Well sume pernah dengar illuminati... demonic, satanic..bnyak lagi lagu yang best milik Barat tapi dikaitkan dengan satanic. Contoh 'Im coming home'. Then kawan aku cakap, nonsense la.. Kita ni prejudis sangat, sikit2 konspirasi.. sikit2 konspirasi.Oleh sebab dia berilmu agama jugak, tapi bila dia cakap macam tu. Aku pun berlapang dada lah, dan dengan lajunya aku buka lirik video lagu tu sebab nak hafal. Tapi lama kemudian aku terjumpa blog ni yang menghuraikan intipati lirik 'Im coming home'. Antaranya mengingatkan kehadiran dajal yang menyenangkan dan dihiasi hujan setelah kemarau panjang.

PARANOID ye tak? .Keyakinan yang aku sendiri tak mampu suarakan (sebab xda bukti) dikukuhkan oleh penjelasan Syaikh Hamza Yusuf. Seorang ilmuwan dari US yang pernah bertapak seminggu di Malaysia untuk menyampaikan speech2nya.. Beliau meyakinkan bahawa satanic dalam muzik adalah benar. Artis mengamalkan simbol2 tertentu. dan mesej2 tertentu dalam lirik lagu.
"Pop culture was in art, now art's in pop culture in me" - applause lyric

Beliau juga menyatakan lirik2 lagu sekarang tentang drug, seks, drunk2 tu pun sebahagian konspirasi syaitan. Bunyiknya macam..  'ha'eleh... rilek la. Normal la tu' Tapi kalau bole pikir balik, sume tu  bukan fitrah manusia dan sememangnya apa yang syaitan mahukan dari kita. ringkas maksud, bak kata syaitan "Tak dapat buat dosa real, subtle2 pun bole la katanya. Cam zina, tak buat betul pun xpelah, zina ringan pun jadi, at least manusia dengar kata aku jugak. Tak drunk betul pun, dendang2 ala drunk pun jadi la.."

I’m coming home
I’m coming home
tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes - Im Coming Home
A day without you is likeA year without rain.I need you by my side,Don't know how I'll survive.  - Selena Gomez "A year Without a Rain"
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. .... Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. 
‘Cause I’m on top of the world, ‘ay
I’m on top of the world, ‘ay
Waiting on this for a while now
Paying my dues to the dirt
I’ve been waiting to smile, ‘ay
Been holding it in for a while, ‘ay
Take you with me if I can
Been dreaming of this since a child
I’m on top of the world.- Imagine Dragon "On topof the world"
 dajal makhluk terkurung yang tak sabar2 ingin bebas.

I got all I need when I got you and II look around me, and see a sweet lifeI'm stuck in the dark but you're my flashlight- Jessie J "Flashlight"
kebergantungan kepada dajjal yang tidak dapat ditolak kerana kesenangan hidup yang ada bersama dajjal.

When the days are coldAnd the cards all foldAnd the saints we seeAre all made of gold
When your dreams all failAnd the ones we hailAre the worst of allAnd the blood’s run stale
I wanna hide the truthI wanna shelter youBut with the beast insideThere’s nowhere we can hide
No matter what we breedWe still are made of greedThis is my kingdom comeThis is my kingdom come - Imagine Dragon "Demon"

Apa lagi yang perlu dihuraikan? Imej berbentuk tiga segi yang muncul di mana2 sahaja dalam klip video? atau dalam movie?  Ramai lagi orang lain yang dh menghuraikannya dengan lebih detail dan hebat..

Image result for triangle in rihanna music video

WORLD RAVING AWAY FOR DAJJAL  -
https://www.youtube.com/watch?v=QwzRxgSui7s&feature=youtu.be

Apa yang dinyatakan Bilal Assad dalam lecture pendek ni ialah benda yang berbeza daripada cerita di atas. Tp it give clear sign ...Dajjal.. sedang mendekat. Mungkin ramai lagi orang akan cakap artis dan illumniati tu nonsence, tapi pada aku syaitan masih buat kerja.
Mengapa kita boleh berasa terlalu selamat?
Adakah kita fikir syaitan akan tidur? Sedang tidur?
.#Sedih
Songs are amazing
But music is no longer reliable
If you really care
and realize the live that you heading to.. Wallahualam.
How can These harmless sound so demonic?
Be Selective with the music you listen to....

Geofizik?

Awal dulu aku tak tahu pun geofizik ni ape,pertama kali waktu nak pilih kos masuk USM. Di USM, Geofizik ni kos bawah Pusat Pengajian Sains Fizik. Boleh diandaikan kos ni macam sains kajibumi. Belajar tentang kerak bumi, tanah, laut, udara, peluang nak belajar astronomi pun ada.

Banyak perkara yang membezakan komuniti ni dengan kumpulan fizik lain. contoh yang lain tu macam Engineering Physics , Medical Phy., Pure Phy., dan Applied Phy. Antara subjek untuk geofizik ;

- Geology (batu, mineral, batu, mineral...)
- Solid Earth (teras bumi, kerak bumi, macam mana gempa bumi terjadi,..)
- Exploration Geophysics (Cara guna alat-alat kaji bumi, GPR, resisitivity, Seismic, processing data.)
- Geophysical Data Analysis (fevret IT,bergelumang dengan data dan kerja2 membersihkan noise         daripada data untuk dapatkan signal clear daripada aktiviti kerja-kerja kaji bumi).
- Meteorology (kaji cuaca, tentang udara, awan, hujan, angin, ribut, hurricane, cyclone)
- Oceanography (perubahan pantai, corak pergerakan air laut mengelilingi bumi, kemasinan)

Maka apakah pekerjaan yang boleh diceburi oleh Geophysicist ni?

-Pertama sekali yang menjadi kegilaan semua - peluang menceburi sektor minyak dan gas sebagai  pemproses data. (OnG- oil and gas).
- Meteorologist - Asas Fizik atau Matematik perlu kuat.
-Geophysics consultant./ Menyediakan Servis Geofizik untuk kerja-kerja kaji bumi. eg, seismic survey, resisitivity,drilling. (sejenis peluang  perniagaan juga)
-Pensyarah
- Student Master ... Ermp...

CABARAN BAKAL WANITA MASA HADAPAN


Ada satu hari aku duduk kat rumah hari 'weekday', jadi semua orang keluar bekerja dan ke sekolah tinggal aku sorang kat rumah. Aku ingat pagi tu nak buat kerja aku sikit, tapi  akak aku bagi aku kerja rumah. Bukan kerja rumah matematik ke karangan ke apa, tapi minta tolong setelkan baju and barang dia nak masak balik kerja nanti. Dah tu tengok lantai berdebu, geram pulak rasa berhabuk-habuk kat kaki. Aku pun ambil vakum , vakum mana yang patut. Aku tahu kerja tu tak berat, tapi kerja tu macam sangatlah memakan masa bagi aku. Aku memang jenis buat kerja lambat, jadi punyalah culas rasanya dan stress sendiri dibuatnya, sebab kena buat sorang-sorang and lambat nak habis. 


 Aku melihat keadaan ni sebagai cabaran hidup aku di masa hadapan. melihat sendiri keadaan kaum keluarga yang dah berkeluarga, aku geleng kepala memikirkan mampukah aku menempuh dugaan yang mereka harungi. Kuatkah aku?
Pakaian... 
Bermula daripada mengumpul pakaian kotor..
mencuci... menjemur...

Mengangkat jemuran...
Melipat pakaian... mengagihkan pakaian kepada ahli keluarga... Agak-agaknya cukup kah semua ni nak siapkan dalam satu jam? Dan sanggupkah aku menumpukan satu jam tersebut untuk tugasan rutin/repetatif dan tak kompetetif sebegini? Kalau kata jenis balik lewat petang, tak laratnya nak kemas pakaian malam-malam. Jadinya kenalah bangun awal nak siapkan hal baju bajuan. Jika tidak jadi bukit bukau lah baju bajuan tersebut. Itu baru pakaian... 


Boleh kata ibu-ibu mesti tahu keadaan almari setiap ahli keluarga. Itu baru almari, belum cerita katil dan bantal dan sarung-sarung bantal dan sarung-sarung tilam, langsir dan sebagainya. Semua ilmu tersebut berada dalam pengetahuan ibu. Daripada hal bilik tidur ke dapur.... Hal membeli perkakasan dapur, barang basah, barang kering, barangan keperluan ahli keluarga, sabun dan syampu.. Kemudian nak memasak dan .. mengemas...? Siapa yang buat keputusan dan membanting tulang empat kerat jika tidak ibu-ibu?

Dalam era globalisasi dunia tiada sempadan ni pula ramai wanita yang dah mencapai tahap marhaen dan semestinya tak ketinggalan untuk skrol fb, meng-update status... mengikuti perkembangan semasa... usha barang apa nak beli online, pm2 online seller, nego harga.. check seller mana lebih murah... Nak check mana kawasan ada buat sale...  Ingat sekejap ke nak buat semua tugasan tu? Walaupun sibuk dengan dunia di hujung jari, para wanita dan ibu masih perlu menjalankan tugas memantau perkembangan emosi ahli keluarga, Nak 'follow' perkembangan ahli keluarga dan anak-anak... Suruh bangun awal, nak suruh mandi, suruh mandi sabun badan, belum lagi terjerit-jerit suruh anak solat.. suruh anak siapakan keperluan sekolah, siapkan makan minum. Itu kalau anak seorang, kalau anak dua tiga empat atau tujuh orang? Jadi tak payah lah bayangkan scene2 ibu-ibu menuangkan air teh ke dalam cawan ayah sambil ayah membaca surat khabar dan ibu pun bertanya "adik kat sekolah macam mana?.. Belajar Ok?.. Ada kerja rumah tak nak ibu tolong?"


Pengajaran untuk aku? Kena ajar anak bantu sama-sama jalankan tanggungjawab jaga kebersihan rumah dan jaga kebersihan diri. Tak larat lah aku nak jaga semua...