Clouds

Monday 14 December 2015

Geofizik?

Awal dulu aku tak tahu pun geofizik ni ape,pertama kali waktu nak pilih kos masuk USM. Di USM, Geofizik ni kos bawah Pusat Pengajian Sains Fizik. Boleh diandaikan kos ni macam sains kajibumi. Belajar tentang kerak bumi, tanah, laut, udara, peluang nak belajar astronomi pun ada.

Banyak perkara yang membezakan komuniti ni dengan kumpulan fizik lain. contoh yang lain tu macam Engineering Physics , Medical Phy., Pure Phy., dan Applied Phy. Antara subjek untuk geofizik ;

- Geology (batu, mineral, batu, mineral...)
- Solid Earth (teras bumi, kerak bumi, macam mana gempa bumi terjadi,..)
- Exploration Geophysics (Cara guna alat-alat kaji bumi, GPR, resisitivity, Seismic, processing data.)
- Geophysical Data Analysis (fevret IT,bergelumang dengan data dan kerja2 membersihkan noise         daripada data untuk dapatkan signal clear daripada aktiviti kerja-kerja kaji bumi).
- Meteorology (kaji cuaca, tentang udara, awan, hujan, angin, ribut, hurricane, cyclone)
- Oceanography (perubahan pantai, corak pergerakan air laut mengelilingi bumi, kemasinan)

Maka apakah pekerjaan yang boleh diceburi oleh Geophysicist ni?

-Pertama sekali yang menjadi kegilaan semua - peluang menceburi sektor minyak dan gas sebagai  pemproses data. (OnG- oil and gas).
- Meteorologist - Asas Fizik atau Matematik perlu kuat.
-Geophysics consultant./ Menyediakan Servis Geofizik untuk kerja-kerja kaji bumi. eg, seismic survey, resisitivity,drilling. (sejenis peluang  perniagaan juga)
-Pensyarah
- Student Master ... Ermp...

1 comment:

  1. Salam. Hi, saya nak tanya kalau pointer terkumpul saya skarang 3.2 lepasan matrik, agak agak boleh lepas tak masuk course geofizik di usm?

    ReplyDelete